Photobucket
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Bertuahnya DIA.....

Ermmm...bertuahnya diri apabila dipilih ALLAH untuk menerima taufik & hidayah dariNYA.
Bertuahkan insan2 ini?...Tak la saya katakan kita yang tak terpilih ni TAK BERTUAH, cumanya
insan2 yang terpilih LEBIH BERTUAH.

Hidayah nie...secara umum, membawa erti petunjuk dari ALLAH.Tanpa HIDAYAH, sudah pasti seseorang itu akan sesat jauh dari jalan kebenaran.Namun, tanpa taufik sia-sialah HIDAYAH yang di kurniakan.

Benda yang cukup mudah untuk kita renung2kan

1.Sembahyang, kita tau sembahyang tu wajib....tp cukup malas kita nak tunaikan

2.Baca Quran...tau tu mukjizat Rasul, x syoq aih baca Quran..baca majalah lagi syoq.

3.Aurat, kita tau pakai tudung tu wajib or tutup aurat tu wajib....asal kita nak juga tak pakai tudung...nak juga pakai baju ketat.Klu pakai tudung pun atas dada.Tak tutup pun dada.

Banyak lagi sebenarnya contoh yang boleh di ambil kira dalam kehidupan ni....sama2lah kita
muhasabah no.Nak ngomel2 lebih pun saya bukan ahlinya.Pakat2 search la kat google ka..apa ka yang boleh.

Sebenarnya nak SHARE yang ni.Layannn.

Wednesday, May 25, 2011

Cinta ALLAH adalah cinta HAKIKI

Gambar copy tang NI

CINTA monyet adalah asam garam yang pernah dilalui pada zaman remaja. Apabila sudah bercinta maka bermulalah episod saling merindui dan tanda seseorang itu sudah 'diserang' penyakit angau.

Untuk mendapat cinta, manusia berusaha apa saja cara tidak kira di mana dan masa asalkan sasaran cinta tercapai. Dalam mencari cinta sejati manusia, bukan hanya remaja, kadang-kadang tersasar dalam erti sebenar cinta.

Kita hanya bergelut mencari cinta manusia yang tidak bertahan lama dan hanya kadangkala bersifat lipstik. Lupa kepada cinta agung yang menjadi sumber segala cinta.

Cinta Allah adalah cinta hakiki. Kemuncak segala motivasi, samudera segala bekalan dan kesudahan segala keindahan.


Cinta yang membawa kepada segala kebaikan dan berkesudahan menikmati dua syurga iaitu syurga dunia dan akhirat.


Jika Allah adalah cinta segala cinta, dunia akan bertenggek di menaranya. Yang patut diusaha dengan sekuat tenaga, bagaimana hendak dapat cinta Allah.

Sebagai panduan,DISINI dijelaskan beberapa faktor dan resipi bagaimana hendak mendapatkan cinta agung Allah.

Tanda-tanda kematian dalam husnul khatimah

gambar sekadar hiasan

KEMATIAN adalah satu perkara pasti yang mesti dilalui setiap manusia. Maka kita perlu menyediakan bekalan secukupnya bagi menghadapinya.

Kematian bukanlah jalan pengakhiran kerana kita akan melalui alam barzakh sebagai tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat.

Jika baik amalan kita di dunia, maka baik juga ketika berada di alam kubur. Sebaliknya, jika buruk amalan kita maka seksaan berat pasti menanti.

Sedar atau tidak, sesungguhnya manusia sedang menuju kepadanya. Tidak kira tua, muda, sihat atau sakit ia proses alamiah kepada sebuah kehidupan.


Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.” (Surah Jum’ah ayat 8)


Sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya supaya kita dapat menuju ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.

Kita mengharapkan supaya dapat mengakhiri kehidupan dalam keadaan ‘husnul khatimah.’ Berikut antara tanda-tanda kita mati dalam keadaan husnul khatimah antaranya: DISNI


Sumber:HMETRO

Thursday, May 12, 2011

Doa IBU

* *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata Ø Membaca quran sehingga menitis air mata Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor! Ø Anak Ø Ibu Ø Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

* Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

* Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

* *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik

*Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita



* *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

*Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita yang telah tiada!

*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

Tuesday, May 10, 2011

Cara berbakti kepada ibu bapa yg sudah meninggal dunia

N3 yang diharapkan dapat dikongsi bersama
gambar sekadar hiasan


Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah, sesungguhnya ibu telah meninggal dunia, dan dia tidak berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, (adakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya)
Nabi menjawab: Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala)

Sahih Bukhari dan Muslim

Saturday, May 7, 2011

Syukur

SYUKUR

Inilah sejenis perasaan yang jarang bermukim dihati kita, bahkan kita kerap lupa dan alpa.


Syukur merupakan sifat mulia yang dikaitkan dengan amalan hati dan akhlak terpuji yang


sepatutnya sentiasa menghiasi kehidupan kita.Syukur merupakan satu sifat yang dilahirkan


daripada respons terhadap nikmat yang dikurniakan ALLAH.


Maknanya jikat kita tahu erti syukur walaupun sekecil-kecil nikmat ALLAH, maka kita layak


mendapat kelebihan berkat rahmat ALLAH YANG MAHA KAYA.


Seseorang yang mengucapkan perasaan syukur dalam keadaan dia sedang mengalami


kedukaan, dialah akan dilimpahi berbagai-bagai nikmat kasih sayang dari ALLAH.

Firman ALLAH dalam Kitabnya


"sesungguhnya jika engkau bersyukur, nescaya aku akan menambahkan lebih banyak

nikmat kepada engkau".


Dan tentunya kita yakin bahawa ALLAH akan menepati janjinya.Akhirnya, janganlah kita


cuma pandai meminta.Lengkapi pula dengan BERSYUKUR.

Friday, May 6, 2011

10 perkara tanda kasih sayang pada ibu bapa

Gambar sekadar hiasan
  • Jika orang tua berhajat kepada makan harus diberi makan
  • Jika berhajat pada pakaian harus diberi pakaian. Rasulullah s.a.w.ketika menerangkan ayat (Yang berbunyi): “Wa sha hib huma fiddunnya ma’rufa. (Yang bermaksud): “Bantulah kedua orang tua didunia dengan baik, yakni supaya diberi makan jika lapar dan pakaian jika tidak berpakaian.
  • Jika berhajat bantuan harus dibantu
  • Menyambut panggilannya
  • Mentaati semua perintahnya asalakn tidak menyuruh berbuat maksiat dan ghibah (Kasari orang)
  • Jika berbicara kepada keduanya harus lunak, lemah lembut dan sopan
  • Tidak boleh memanggil nama kecilnya (Jambal/ gelaran)
  • Jika berjalan harus dibelakangnya
  • Suka untuk orang tuanya apa yang ia suka bagi dirinya sendiri, dan membenci bagi keduanya apa yang tidak suka bagi dirinya sendiri
  • Mendoakan keduanya supaya mendapat pengampunan Allah s.w.t.dan rahmatNya Sebagaimana doa Nabi Nuh a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. (Yang berbunyi): “Robbigh fir li waliwalidayya robbanagh fir li waliwalidayya wa lil muminin wal mu’minati yauma yaqumul hisab. (Yang bermaksud): “Ya Tuhan kami, ampunkan kami dan kedua ibu bapa kami dan semua kaum muslimin pada hari perhintungan hisab/hari kiamat.

Seorang sahabat berkata: “Tidak suka mendoakan kedua orang tua itu mungkin menyebabkan kesulitan penghidupan anak.” “Dan apakah mungkin memuaskan orang tua yang telah mati?” beliau ditanya. Jawabnya: ” Ya, dengan tiga macam iaitu:

  • Dia sendiri menjadi orang soleh sebab menyenangkan kedua orang tuanya
  • Menghubungi keluarga dan sahabat-sahabat kedua orang tuanya
  • Membaca istighfar dan mendoakan serta bersedekah untuk kedua orang tuanya itu.

Thursday, May 5, 2011

Motivasi sikittttttt

gambar sekadar hiasan

Murid : Cikgu...mcmana kita nak pilih seseorang yg terbaik? sebagai org yg paling kita syg? mcmana juga kasih syg tu nak berkekalan?


Cikgu : Orait...wat apa yg sy suruh...Awk p kat padang... jalan ja atas padang tu sambil tgok rumput2 di depan awk... pilih la yg PALING CANTIK! jangan sesekali toleh belakang lagi.. pilih yg hanya didepan awk... bukan dibelakang.. PILIH YG PALING CANTIK dan bawak ke kelas....

Apabila murid itu kembali ke kelas...tiada pun walau sehelai rumput di tangannya...


Cikgu : Laaa... kenapa tak amik rumput? kan banyak rumput di padang tu?


Murid : Tadi masa berjalan..memang la banyak rumput yg cantik.. tapi cikgu kata amik yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang! sy dah nak amik rumput yg cantik tu... tapi ada lagi yg paling cantik didepan... sy tros la berjalan.. ada lg paling cantik.. last2...sampai hujung padang..sy x jumpak pon yg paling cantik.. mungkin yg paling cantik tu ada kat belakang sy... nak undur balik...tak bleh..sebab cikgu kata pilih yg didepan saja... Jadi,tiadalah rumput yg sy petik....


Cikgu : Ya.. tu la jawapan yg awk cari... Maknanya.. APABILA KITA DAH JUMPAK ORANG YG KITA SAYANG ....JANGAN LA KITA NAK CARI YG LEBIH ELOK DARI ITU... KITA PATUT MENGHARGAI ORANG YG DIDEPAN KITA SEBAIK-BAIKNYA... JANGANLAH TOLEH KE BELAKANG LAGI..SEBAB APA YG DAH BERLALU TU TETAP AKAN BERLALU... SEMOGA IA TAKKAN BERULANG KEMBALI.... DAN INGATLAH..ORANG YG PALING KITA SYG TU LA PALING BAIK DAN PALING CANTIK. WALAU DIIKUTKAN ADA LAGI YG LEBIH BAIK DI DEPAN AWAK SEPERTI AWAK MENCARI RUMPUT TADI...

Monday, May 2, 2011

Dunia Akhir Zaman

Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Pada waktu itu orang


yang berdusta dikatakan benar, dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan


disuruh memegang amanah, dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat, dan yang


berpeluang bercakap hanyalah golongan ‘Ruwaibidhah’. Sahabat bertanya, apakah Ruwaibidhah


wahai Rasulullah? Nabi menjawab, orang bodoh yang bercakap mengenai urusan orang ramai.

[HR Ahmad]

Tuesday, April 26, 2011

7 sunnah untuk diamalkan setiap hari

Hendaklah kita sentiasa menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.

Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah:

1. Tahajjud

Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari

Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya

membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3. Jangan tinggalkan masjid

Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha

Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari

Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.

6. Jaga wuduk terus menerus

Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

7. Amalkan istighfar setiap saat

Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.

Monday, April 25, 2011

Sabar Itu Laksana Mentari

Apabila musibah menimpa, perasaan kita tergugat. Fikiran jadi terganggu dan jiwa bercelaru. Diri seolah-olah diselubungi kegelapan. Namun, apabila sabar bertandang, perasaan, fikiran dan jiwa akan stabil semula. Diri yang tadinya gelap akan dilimpahi cahaya. Benarlah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sabar itu umpama sinar matahari.” (Muttafaq ‘alaih) Walaupun ia panas membahang, tetapi dialah sumber tenaga yang menyinari alam. Sabar adalah mentari dalam kehidupan kita. Tanpa sabar, kita selamanya berada dalam kegelapan.

Thursday, April 21, 2011

Ketabahan

Wanita cantik, melukis kekuatannya lewat masalahnya, Ia tersenyum saat tertekan, tertawa di saat hati sedang menangis, memberkati di saat terhina, dan mempesona karena memaafkan.. Wanita cantik, mengasihi tanpa diminta dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan. ♥ SubhanAllah ♥

Suami soleh..isteri solehah

Wahai SUAMI renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah

Tidaklah setaqwa Aisyah

Tidaklah setabah Fatimah

Justeru,

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya

Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya

Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya

Isteri adalah murid, kamu mursyidnya

Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya

Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya

Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana

Memiliki isteri yang tak sehebat mana

Justeru Kamu akan tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.

Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.

Tidaklah setaqwa Ibrahim

Tidak setabah Ayyub

Tidak segagah Musa

Apalagi setampan Yusuf

Justeru

Suamimu hanyalah lelaki akhir zamanyang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya

Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya

Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya

Ketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya

Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana

Memilik suami yang tak segagah mana..

Justeru Kamu akan tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga

Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH

Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI

Jangan menuntut terlalu tinggi

Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI ingatlah:

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah

Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.

Tidak perlu isteri secantik Balqis

Andai diri tidak sehebat Sulaiman

Mengapa mengharapkan suami setampanYusuf

Seandai kasih tak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim

Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Wednesday, April 20, 2011

Jangan

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki; takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sandal atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana KEMATIAN boleh bertandang bila-bila masa.

Jangan ego untuk memohon maaf pada ibu bapa dan sesama manusia andainya kita memang berdosa.

Jangan mengumpat sesama rakan, rosak persahabatan, hilang kebahagiaan.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita tidak sombong bila berjaya, andai gagal tidak kecewa.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur jiwa tenang, rezeki melimpah.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu gundah dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama. Hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Sahabat

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.

Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.

Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.

======

Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu.

Tentang Kebaikan

Ambillah kebaikan dari orang yang mempunyai kebaikan dan tinggalkanlah keburukan yang ada pada orang yang mempunyai keburukan.

Latihlah diri kita untuk membalas dengan kebaikan kepada orang-orang yang telah berbuat keburukan kepada kita.

Belajarlah menahan diri dari selalu ingin melihat jasa dan kebaikan sendiri. Orang yang ikhlas itu bijak menyembunyikan kebaikannya sebagaimana dia menyembunyikan keburukannya.

Tidak ada sesuatu yang lebih baik daripada akal yang diperindah dengan ilmu, ilmu dengan kebenaran, kebenaran dengan kebaikan, dan kebaikan dengan taqwa.

Orang yang beriman itu mempunyai upaya untuk mengajak kepada kebaikan, mengajak kepada perkara-perkara yang akan mendekatkan kepada Allah dan melarang dari perbuatan yang tidak disukai Allah.

Tuesday, April 19, 2011

Frust Dalam Bercinta

Assalamualaikum...pertamanya ingin ku ucapkan terima kasih kepada ABI yg telah mengizinkan aku mencatit semula bait2 bicaranya dalam blogku ini.



Frust Dalam Bercinta



Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya.Benarlah kata pujangga, "sakit yang paling dasyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas".Aneh sekali derita sakit putus cinta ini....


Benci tapi rindu.Dendam tapi sayang.Dunia terasa sempit, dada rasa mencengkam.


Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta.Terlupakah pesan bijak pandai:


"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, kerana berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika".


Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir.Hilang semangat juang.Malah ada yang sanggup bunuh diri.Benarlah kata bijak pandai."Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuh diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya".Buruk sekali keadaan orang yang "frust" dalam bercinta.Inilah salah satu akibat cinta nafsu.


Putus cinta bukan pengakhiran segalanya.Ia adalah permulaan yang baik jika di tanggani dengan positif.Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat.Tetapi percayalah...kita tetap ada ALLAH.Semuanya dari ALLAH.Dan segala yang datang dari ALLAH baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita.Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan ALLAH Maha Luas.Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan pada kepada kita.Manakala sesuatu yang kita benci belum tentu memudaratkan kita.

Tazkirah

Assalamualaikum..n3 yang cukup terkesan d hati.Mari sama2 kita menghayatinya


Rasa rendah diri, menghindarkan sikap sombong dan sentiasa sedar bahawa ALLAH Maha Besar.
Rasa rendah diri menjadikan ibadat dilakukan ikhlas, bersungguh-sungguh & berkualiti.
Orang yg merendah diri, hatinya tenang, senang menerima hidayah serta mendapat kedudukan tinggi di sisi ALLAH.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:"Seseorang yang merendahkan diri kepada Allah,
ALLAH akan tinggikan darjatnya."(Hadis Riwayat Muslim)"