Tuesday, May 24, 2011

Mai Baca Pantun ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saja jer nak share pantun ni ngan kenkawan semua, nak masak pun awal lg...kang sejuk pula
jam la layan pantun beta dulu....layanzzzzz


Solat Zohor di tengah hari
Solat Maghrib di waktu senja
Cucilah telekong dengan ikhlas hati
Allah beri pahala berlipat ganda

Dari Keda datang ke Kuah
Naik motor laju sekali
Tali tak ada tolonglah tambah
Buatlah jariah sebelum mati

Kem tentera d Bukit Malut
Pengawal keselamatan nama Wak Karjo
Ilmu Jawa janganlah di tuntut
takut makan diri macam Anjasmoro

Enaknya kerabu si mangga muda
Kalau nak pedas tambahkan cili
Dulu marka kini mengaku saudara
Mampukah menipu perasaan di hati

Pohon manggis di tepi hulu
Pohon mengkudu di tepi madrasah
Menangis kesiangan menanggung rindu
Orang dirindu buat tak kisah.


No comments: