Tuesday, September 20, 2011

Apa² je lah !!

Assalamualaikum semua....

Ntah la...semenjak dua menjak ni, malas betul nak melayan blog.Bukan tak sayang..bukan tak rindu tapi semangat tu masih belum ada.Macam la tak tahu...klu tak ada idea...copy/paste jer, tp itu pun tak de juga.Ermmmm...mcm mn la nak buat kan?

Lepas raya.....dok melayan open house, biasa la...bila perut dh kenyang tentu kemalasan melanda.Maka blog pun aku biarkan sendirian aje lah.Rasanya mcm dh ada yg unfriend.Iyalah sebelum raya followers ada 372....tup² hari kelmarin dh tinggal 371.Tak pe lah, mungkin jg dia merajuk sebab tak follow dia semula kut...atau dia muak bila tengok blog yg malas nak di up date ni.tak kisah la kan.Itu hak masing²....tak paksa pun nak follow atau tidak.

Hari ni pula ada makan² kat opis, makan² raya gitu.Ermm...kenyang betul.Tiba² terasa rindu nak buat n3...tp inilah sedikit hasil yg termampu.

Wednesday, September 7, 2011

Mak Cik "M"

Assalamualaikum.....
Bila mak cik "M" datang apa pun tak boleh buat.Dah org datang berkunjung..tak kan kita nak buat benda lain kan?Jadi biarlah mak cik "m" balik rumah dia baru kita buat kerja yg sepatutnya kita buat.Tetamu ada di rumah...x baik kalau x di layan.Jadi buat masa sekarang nak layan mak cik "m" dulu lah.Ok bye...nanti kita jumpa lagi.Mak cik "m" dah tunggu tu...tak baik biar dia ternanti-nanti

Friday, August 19, 2011

Serunding Bilis


Assalamualaikum semua

Rasa² lama sudah tak ber up date blog ni.Ntah la mak cik "M" datang...dh x boleh nak cakap apa² lagi.Ermm...kali ni just nak kongsi bersama, ewah mcm ada yg nak kongsi resepi serunding bilis mak mertua.Tahun pertama kahwin, cik hubby mcm tak berselera ja ngan gulai ayam aku..katanya klu ada serunding bilis best arrr.Balik raya rumah emak dia...terus aku tanya la, mn serunding bilis mak.Bila dh pekena..wahhhh!! memang sedap..maka belajarlah aku akan resepinya.Mudah²an menjadi walau x sesedap yg emak buat/masak.Jangan tak tahu...orang kedah piau, klu raya memang depa akan masak gulai ayam/daging untuk di cicah bersama ketupat daun palas, tp la ni..zaman dh berlalu...semua dh berubah.Serunding bilis ni memang mudah nak membuatnya, bahan sangat simple cepat lak tu nak masak.Sebenarnya berapa bnyk yg kita nak buat..ok ja.Tapi kali saja nak bg resepi yg aku buat.Kalau nak buat bnyk maka banyak la sikit bahan²nya yerrr.

Bahan

500 gram ikan bilis yg siap dikupas-basuh dan blend
15 tangkai cili kering yg dikisar
1-2 labu bawang besar*
2-3 ulas bawang putih*
2-3 ulas bawang merah*
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air asam jawa
sedikit garam dan gula - secukup rasa
sedikit serbuk kunyit.
serbuk perasa - pilihan

*dikisar bersama cili kering


Caranya

1.Blend ikan bilis hingga sedikit hancur.ketepikan.
2.Tumis cili hingga naik bau dan masukkan ikan bilis tadi.Masukan serbuk kunyit dan air asam jawa(sedikit aje tau..biasalah ikan..mesti letak sedikit asam).
3.Masak hingga hampir kering kemudian masukan gula dan garam secukup rasa.
4.Apabila serungding tadi dah betul² kering.Padamkan api dan sejukkan.

**Sedap di cicah bersama ketupat dan sesuai juga untuk simpulan kasih.Mak cek kata...bukan mak mertua tauuuu...org buat serunding bubuh serai, lengkuas & bla², cek pun ikut la..bawa balik rumah mertua...mertua cakap, ani bubuh serai ka...ya mak, lain kali jgn bubuh.Buat mcm sabai tomeh ja.Tahun² berikutnya...memang resepi diatas la yg aku bikin.

Tuesday, August 16, 2011

Ingin tahu m/surat setiap juzuk di dalam Al; Quran?

Tip ini dikongsi drp laman seorg sahabt. cara utk mengetahui m/surat bagi setiap juzuk dl al-quran. mmg menakjubkan krn hny dg menggunakan formula matematik yg ringkas, kita dpt tau m/surat brp sesuatu juz itu. contohnya kalau kita nak tau juz 5 di m/surat brp, 5-1=4 darab dg 2, jadi 4x2=8. pastu letak no.2

Kalau kita nak tau juz 10 di m/s brp, mcm tadi jgk... tolak 1, darab 2, letak no.2 di blakang. jadi, 10-1=9, 9x2=18, letak no.2 lepas jwpan = m/s 182. kalau juz 23 pulak, 23-1=22, 22x=44, letak no.2 = 442. subhanallah, mmg menakjubkan sifir ni, kan? jom kita kongsikan kpd kwn2, adik bradik kita, famili2 dsb kita smg mendpt manfaat.

Dah Suka Sangat Hak Orang....

Ani Berkata:Adat la tuu....dh kita ambil hak org, org lain pula akan ambil hak kita.Jd...sebelum ambil hak org fikir²kan


Penangan hidup bermadu


RUSNAH ditenangkan anggota polis ketika mengamuk kerana gambarnya dirakam oleh jurugambar di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang wanita yang merupakan isteri nombor dua dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,000 di Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan menceroboh dan merosakkan harta benda di rumah madunya dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Tertuduh, Rusnah Awang, 31, dari Kampung Pekan Sari, Tembila, Besut dekat sini hanya menundukkan kepala selepas mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.

Mengikut kertas pertuduhan, dia yang bekerja sebagai tukang sapu didakwa menceroboh masuk ke rumah Azizah Awang, 40, yang beralamat di No. 1296C, Jalan Kenanga, Batu Buruk di sini pada pukul 10.15 pagi pada 12 Ogos lalu.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak sampai tiga tahun atau denda sebanyak RM5,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala tertuduh pula diwakili peguam bela, Mohd. Hayatuddin Muhamad.

Majistret Nor Azizah ketika membacakan keputusan itu turut memberikan nasihat kepada tertuduh agar tidak terlalu mengikut perasaan dalam melalui kehidupan bermadu.

"Hukuman ini adalah satu pengajaran buat kamu agar tidak melakukan perbuatan sama pada masa akan datang," kata Nor Azizah.

Tertuduh membayar denda itu

Sementara itu, suasana kecoh di luar mahkamah apabila tertuduh mengeluarkan kata-kata kesat kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, Azizah iaitu isteri nombor tiga terkejut melihat kelibat seorang perempuan merupakan madunya yang menaiki motosikal berhenti berhampiran rumahnya.

Sejurus selepas itu, mangsa yang duduk di sebuah warung berdekatan terdengar bunyi bising suara perempuan menjerit-jerit dari dalam rumahnya.

Selepas diteliti, mangsa mendapati madunya itu sedang mengamuk dengan memecahkan pelbagai barangan kaca seperti cermin tingkap dan pasu bunga.

Turut menjadi sasaran adalah cermin kereta milik mangsa.

Mangsa juga mendakwa tertuduh sebelum ini pernah melakukan tindakan sama dengan memecahkan harta benda di rumahnya pada Oktober 2009.

Suami kepada dua wanita itu bekerja sebagai penarik kereta. Azizah tidak hadir ke mahkamah semalam.

Difahamkan, tertuduh bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dan berang dengan tindakan suaminya yang berkahwin dengan Azizah.

Thursday, August 11, 2011

Pemenang Hadiah Pertama Lagiii...

PEMENANG HADIAH PERTAMA

http://aqilaqilahduniaku.blogspot.com/2011/07/my-giveaway.html


Syoqnya hari ni...ewah² teruja ni, dh tak sabaq nak tunggu hadiah sampai ke tangan.Memang sejak dua menjak ni aku dok berjinak-jinak dengan koleksi² tu.Terima kasih kepada KAK LYNN.Lain kali klu buat GA kasi tahu yerr.Terima kasih juga pd kawan se OPIS aku yg memberi info kemenangan, klu tidak mungkin aku tak tahu.Al maklum la ...bulan² posa xtvt berblog kurang sikit.Gitu² jerrr.

Wednesday, August 10, 2011

Cerita Ally Iskandar lagi

APABILA pengacara popular, Ally Iskandar bertunang dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal, 25, pada Februari lalu, ia disambut dengan gembira. Dalam usia 35 tahun, akhirnya Ally yang selama ini sering dikaitkan dengan selebriti popular, bakal bertemu jodoh dengan pilihan hati.

Bagaimanapun, apabila ikatan itu dikatakan putus pada 30 Julai lalu selepas lima bulan, ia lebih mengejutkan. Apatah lagi waktu sama kita dikejutkan dengan berita hero pujaan ramai iaitu penjaga gol cemerlang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat memutuskan pertunangannya dengan Elia.

Ramai yang memberi tumpuan kepada Khairul Fahmi apabila mengambil langkah berani dengan menyatakan keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Elia menerusi akhbar Metro Ahad.

Berbeza dengan Ally, keputusan dibuat secara senyap-senyap. Jika tidak dihebohkan menerusi portal hiburan tempatan pasti ramai yang tidak mengetahui Ally dan Aishah sudah tiada apa-apa hubungan.


Begitupun sewaktu memberi kenyataan, Ally dilihat begitu bijak mengawal keadaan. Bagai menarik rambut dalam tepung, dia memastikan rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.


Apa yang lebih penting bagi lelaki berasal dari Kuala Lumpur dan dibesarkan di Gong Badak,Kuala Terengganu ini dia tidak mahu kenyataan diberikan boleh mengguris hati mana-mana pihak.

Apa yang diluahkan Ally sebelum ini, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya dia dan Aishah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini.

Perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan. Dalam satu portal berita hiburan popular, Aishah dikatakan pernah berhadapan situasi sama dengan beberapa lelaki yang pernah rapat dengan hidup peserta Gadis Melayu itu.

Apakah punca sebenar kerana mereka bukanlah bertunang selepas kenal seketika tetapi berkawan sejak 2008. Mengapa selepas lima bulan bertunang baru disedari tiada keserasian. Apakah sebelum ini mereka membuat keputusan tergesa-gesa untuk bertunang atau apabila bertunang, baru tahu peribadi sebenar pasangan mereka?

Wartawan Harian Metro, RUDY IMRAN SHAMSUDIN (imran@hmetro.com.my) cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) dan Singgah Sahur ini. Adakah apa yang dilaporkan itu benar dan bagaimana dia berhadapan dengan situasi yang dianggap memberikan tekanan kepada kerjayanya.


RAP: Bagaimana keadaan anda sekarang, semakin tenang?

ALLY: Alhamdulillah, begitulah nampaknya sekarang ini.


RAP: Apa sebenarnya yang berlaku antara kalian berdua sehingga pertunangan diputuskan?

ALLY: Maaf saya tidak berminat untuk bercakap atau memberikan sebarang kenyataan membabitkan apa yang sudah berlaku. Saya bimbang jika saya memberikan kenyataan, ia akan memanjangkan lagi cerita. Biarlah orang tahu bahawa hubungan kami sudah berakhir. Lagipun tiada dendam antara kami. Keputusan dibuat secara baik dan saya masih berkawan dengan Aishah. Pada saya, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Hidup perlu diteruskan.


RAP: Apakah anda yakin dengan keputusan yang diambil?

ALLY: Kami berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan.


RAP: Bujang popular kembali solo. Ada yang gembira dengan keputusan yang anda ambil.

ALLY: Kenyataan bujang popular kembali solo itu satu sendaan yang pada saya keterlaluan. Bagi saya, perkahwinan bukan perkara main-main. Apa yang berlaku antara saya dan Aishah bukan untuk saya raikan atau diraikan oleh orang lain.


RAP: Sejauh mana perkahwinan itu penting bagi anda?

ALLY: Perkahwinan sangat penting kerana ia pelengkap kepada iman dan menambah bilangan umat Nabi Muhammad SAW Ia juga menjadi matlamat hidup saya.


RAP: Dalam skala 1 hingga 10, anda meletakkan perkahwinan itu di nombor berapa?

ALLY: Sudah tentu ia saya letak di tangga pertama. Kerja sampai mati dan kumpul duit sampai berbukit, tetapi tidak ada orang yang boleh membahagiakan untuk dikongsi bersama, untuk apa. Kebahagiaan hidup itu jauh lebih penting dan saya mahu mencari kebahagiaan itu.


RAP: Anda tidak perlu bimbang apabila putus tunang kerana pepatah Inggeris ada berkata, hidup lelaki bermula apabila mereka mencecah 40 tahun?

ALLY: Itu tidak benar. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu. Kehidupan manusia bermula sebaik saja mereka dilahirkan.


RAP: Apakah anda tertekan dengan situasi ini?

ALLY: Tidak, putus tunang dan isu kahwin sebenarnya tidak pernah memberikan tekanan kepada saya.


RAP: Apakah anda tidak tertekan belum berkahwin walaupun usia mencecah 35 tahun?

ALLY: Secara asasnya memang saya tertekan sebab usia sekarang sudah 35 tahun. Saya juga tidak mahu ia dijadikan sandaran kepada saya untuk tergopoh-gapah sebelum ini. Saya tidaklah bermaksud sebelum ini saya tergopoh-gapah untuk mendirikan rumah tangga, membabitkan hubungan lepas. Waktu itu saya berasakan bahawa masa saya sudah sampai, tetapi ketentuan jodoh belum sampai ke situ.


RAP: Adakah anda akan lebih memilih selepas ini? Bagaimana ciri-ciri wanita yang menjadi pilihan anda sekarang?

ALLY: Terus-terang, saya tidak boleh fikir mengenainya sekarang. Apa yang berlaku sebenarnya sangat besar dan ia memberi kesan kepada kehidupan saya. Waktu sama, saya tidak boleh melihat sesuatu perkara atau meletak kayu pengukur kepada ciri-ciri wanita ideal yang saya cari. Entahlah kalau selepas ini atau akan datang akan ada draf baru mengenainya (wanita pilihan).


RAP: Apakah peristiwa ini membuatkan anda takut hendak mengenali gadis lain?

ALLY: Takut bukan sifat sebenar lelaki. Seorang lelaki tidak boleh takut.


RAP: Tidak takut perkara sama berulang?

ALLY: Sebab itu kita ada doa dan perlu berusaha. Kemudian kita berserah kepada Allah. Apa yang penting dalam hidup kita harus berusaha.


RAP: Ulama pernah berkata sekiranya belum ada keizinan-Nya jodoh tidak akan datang walaupun ada usaha dibuat.

ALLY: Saya setuju dengan kenyataan itu. Malah saya pernah mendengar ulama menjelaskan jodoh dan maut takkan datang awal walaupun sesaat, atau lewat walaupun sesaat. Kalau sampai adalah jodohnya dan kalau tidak memang ia tidak ada.


RAP: Bagaimana anda menilai situasi putus tunang?

ALLY: Saya tidak melihatnya sebagai satu musibah. Itu laluan yang Tuhan tentukan kepada saya dan lebih penting saya belajar apa yang berlaku dan jadikan diri saya lebih baik. Itulah juga yang saya doa dan harapkan agar memperoleh hikmah di sebalik peristiwa yang sudah terjadi. Waktu sama, saya mengharapkan artikel yang anda tulis adalah perkara terakhir berkaitan perkara ini (putus tunang).


RAP: Ada yang kata anda putus tunang sama waktu dengan Khairul Fahmi seperti satu ‘trend’. Pandangan anda secara peribadi mengenai kenyataan itu?

ALLY: Apa yang berlaku hanya kebetulan dan bukan nak ikut trend putus. Pandangan orang itu perkara biasa, apa saja yang kita lakukan pasti menjadi perhatian orang. Ia bukan saja membabitkan personaliti tetapi orang yang masuk politik juga melalui perkara sama. Macam mana kita terima perkara yang berlaku adalah lebih penting bagi saya.


RAP: Cara anda mengisi kekosongan hidup sekarang?

ALLY: Cara saya mudah iaitu terus menyibukkan diri dengan kerja. Sekarang ini saya sibuk dengan Singgah Sahur yang berupa rancangan kelahiran saya. Selalunya saya akan menerbitkan keseluruhan episod Singgah Sahur tetapi, kali ini saya hanya menerbitkan satu episod. Waktu sama saya akan terbabit dengan MHI Raya.