Photobucket

Monday, May 16, 2011

Mandi berbikini bersama kekasih...

KALAU dah bergelar artis, pergi merantau ke ceruk mana pun pasti orang kenal. Walaupun mereka cuba nak sembunyikan daripada pe�ngetahuan media, SS percaya peminat tetap akan tahu dan akan segera menyampaikannya kepada masyarakat. Hendak lagi sekarang kita berada dalam dunia tanpa sempadan, jadi cepat saja tersebar kalau ada kisah gosip membabitkan artis kita.

Macam cerita baru-baru ini, SS diberitahu mengenai seorang artis wanita bergelar ibu tunggal yang asyik bercinta. SS memang tak pasti sama ada selepas bercerai dia sudah memiliki kekasih baru. Biasalah, apabila ditanya media, jawapan standard yang diberikan ialah belum bertemu calon sesuai.
Namun, kalau tiada angin pokok takkan bergoyang kerana artis ini kantoi juga akhirnya apabila dikatakan pergi bercuti bersama kekasihnya di sebuah pusat peranginan yang cantik dan damai di sebuah lokasi di pantai timur. Berita ini disampaikan sendiri oleh mereka yang sempat melihat kemesraan pasangan ini ketika berada di sana.

SS tahu apabila sudah kemaruk cinta, siapa pun tak boleh menghalang lagi. Apatah lagi dengan statusnya yang perlukan teman sebagai tempat mengadu dan mungkin boleh menjadi bapa kepada anak tunggalnya.


Tak salah untuk dia berbuat demikian kerana siapa pun tak marah. Bagaimanapun yang tak seronok mendengarnya, mereka dikatakan menyewa sebuah bilik dan tinggal bersama.Difahamkan juga, ketika mandi-manda di laut, dia selamba berbikini tanpa menghiraukan orang lain yang terkejut ter�hadap perlakuan mencolok matanya ini. Meremang bulu roma SS mendengar cerita ini kerana setahu SS, artis ini berasal dari kampung dan dibesarkan dengan adat budaya Melayu.

Tapi entahlah, mungkin kerana kemajuan teknologi membuatkan dia terlupa asal-usul dan mula berubah ke arah dunia yang lebih berbeza. Sebelum ini pun SS dengar dia mencetuskan kontroversi apabila berani berpakaian sendat dan singkat dalam satu majlis yang dihadiri.

Apabila ditanya kenapa berani sebegini, jawapannya mudah, kerana ingin mengikut kesesuaian majlis dan selaras dengan perubahan imejnya. Amboi, memang jelas berbeza dia dulu dan sekarang. SS tak boleh bayangkan bagaimana kalau ketika sedang berseronok di pulau itu, tiba-tiba biliknya dijengah orang jabatan agama?

Mungkin masa itu baru dia sedar dan akan menyesal dengan apa yang dilakukan. Mungkin kali ini dia terselamat, tapi harus diingat jerat takkan melupakan pelanduk, jadi berhati-hatilah dalam setiap tindakan.

Sumber:HARIAN METRO

No comments: