Photobucket

Friday, May 20, 2011

Shahir bercinta dengan ROZITA CHE WAN


Isu hubungan cinta Shahir dan Rozita Che Wan hangat diperkatakan. Baik majalah hiburan hingga ke majalah berorientasi keluarga, kisah mereka menarik perhatian peminat.

Malah pojok gosip juga turut menyentuh pasal perkembangan mereka. Ada yang mempersoalkan mengapa Shahir belum sedia mengaku sedangkan Rozita pernah membuat pengakuan pasal hubungan mereka. Misalnya dalam majalah Harmoni keluaran terbaru.

BUKAN KERANA CEMBURU... ZAIN

Jangan lupa! Sebelum ada yang mengaitkan Rozita dengan Shahir, nama pelakon kacak Zain Saidin juga pernah dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon cantik itu. Mereka berlakon sama dalam drama bersiri Mata Ayer.

Dalam majalah sensasi Mangga keluaran terbaru, wartawan Deel membongkar rahsia hari Zain. Pelakon itu sedia menyentuh pasal hubungan Rozita dan Shahir. Katanya, Rozita dan Shahir tidak bercinta. Kalau mahu tahu lanjut dapatkan majalah Mangga terbaru.

Antara lain Zain memberitahu:"Tentang gosip Shahir dan Rozita bercinta tu... saya tak ada pula rasa jeles. Mereka berdua berhak untuk berkawan dan menentukan hidup masing-masing. Sebagai orang luar kita tak berhak untuk menghalangnya.

SHAHIR AF8

"Mereka pun mengaku berkawan baik. Apa yang saya tahu, mereka tak bercinta. Mereka bukan pasangan kekasih tetapi hanya kawan."

Zain juga mengakui hubungannya dengan Rozita masih baik dan rapat seperti biasa. Dia sangat bahagia, selesa dan seronok berkawan dengan wanita yang kini semakin hot dengan hubungan bersama lelaki lebih muda itu.

"Bila ada gosip yang mengatakan kami bercinta, saya tak menafikannya dan tidak mengiyakannya. Bercinta atau tidak, biarlah jadi rahsia antara kami," kata Zain.

Nampaknya hubungan tiga hala ini semakin seronok untuk diikuti oleh peminat. Siapakah yang menjadi pilihan Rozita nanti? Apa agaknya persamaan di antara Zain dan Shahir?

Pasti ada persamaan yang membuatkan Rozita selesa berkawan dengan kedua-duanya. Yang pertamanya pastikan mereka boleh menceriakan hidup Rozita. Pasti ada kebaikan dalam diri mereka yang menarik hati Cik Ita tu.

Kedua-duanya kacak dan berkulit putih. Satu lagi persamaaan, mereka tidaklah memiliki susuk tinggi lampai. Agaknya Rozita sukakan jenis lelaki yang macam ini. Tunggulah perkembangan terbaru kisah mereka ya.


Sumber:MANGGA

2 comments:

Cikrosecute said...

Memang Hot!!! ni di namakan janda melatoppp

ani said...

tu lah no...meletop-letop