Photobucket

Monday, June 27, 2011

Kencing MANIS

Insaf kejap......kalau insaf berterusan mesti best kan? badan leh slim....semua akan jadi lebih baik.Bila tengok sesuatu kejadian depan mata, baru ada rasa insaf sikit.sikit aje laaaaa.Banyak?...memang payah.

Pun begitu ada eloknya insaflah bermula dari sekarang.Kalau dah jadi....menyesal pun tak berguna, hatta menangis air mata darah sekali pun.Apakata mulai dari sekarang kita sama-sama pakat insaf.

Apakes nak insaf sekarang?masih muda...banyak lagi masa untuk kita.Dah masuk 40 baru la insaf.Dunia masih banyak yang perlu kita terokai.Tentu ada yang tertanya(ada ker orang nak baca..hihihi).

Sebenarnya begini, baru saja balik ziarah bos & kawan kat HOSPITAL LANGKAWI.Insaf?...iyo lah elok la kita pakat-pakat insaf tentang makanan.Kalau boleh diet, diet lah..kalau boleh elak, elakkan lah.Dan kalau perlu sangat, tak makan pun tak mengapa(bukan tak bagi makan langsung)...mean jaga betul.Betul2 tahap gaban gitu.

Ish..masih tak fahamkan, apa sebenarnya apa yang akak nak tulis ni.Begini p tengok bos & kawan tu...mereka ni berpenyakit KENCING MANIS.Tak kena memang kita tak akan faham, bila dah kena......lagi susah nak faham.

Bos masih lagi ditahap boleh dikawal, tapi pun dah kena potong juga.Satu jari kaki.yang kesiannya..kawan.Dah kena potong sampai ke paha.Alhamdulillah ALLAH masih panjangkan usia mereka.Harap depa sembuh kembali.

Pada insan2 yang masih sihat...hayatilah nikmat kesihatan yang di beri OLEHNYA.Jagalah kesihatan kita.Kurangkan manis dalam makanan..lebihkan manis dalam senyuman.

2 comments:

Niena Muhammad said...

kontrol makan, jgn tau nk sebat je kan,, bila dh sakit nikmat tu dh hilang dh.. bersederhana je semasa mkn tu :)

suha said...

seramnya..mak cik suha pon ada tp dah makin kurang skrg ni (^_^)

kencing dia dh jd msin blek,dh xmnis ~ngee