Photobucket

Wednesday, June 15, 2011

Puding Roti Karamel

kenapa ada lingkaran kat tengah tu...wahai otai2, klu tengok n3 ni tolong la kasi tahu sebabnya yerr
Sumber resipi:KAK NOR @ Secubit Garam

Assalamualaikum....oleh kerana teruja yg teramat sangat dengan puding roti karamel KAK NOR, mlm tadi setelah selesai semua tugas...mulalah saya mem"PUDING"kan hasrat hati.Tak tertahan dah nak tunggu offday.Nasib baiklah cik "M" tak datang.Kalau cik"M"datang kemungkinan besar tak jadi juga kut.hihihi.Hari ni bawa ke opis.Jom kita semak resipi PUDING ROTI KARAMEL.

Bahan2
3 sudu besar gula pasir (dijadikan gula hangus)
4 keping roti gardenia (saya guna roti high 5)
3 biji telut gred A@4 biji gred B-(di pukul manja & tapis)
2 cawan air (1 cwn susu cair + 1 cwn air)
1/2 cawan susu pekat manis
esen vanilla(1sk)

Cara2nya

Sediakan gula hangus.Tuang terus dlm loyang dan ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2an roti kemudian blender bersama susu cair dan air suam.Selepas itu masukkan telut yg telah ditapis tadi.Blend sekejap agar sebati.Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak(40minit - 1 jam)

** maaf ya KAK NOR...saya telah menderhaka sikit.Saya guna 2 cwn susu cair.Kalau nak elok lagi jangan guna loyang yg besar cari yg sedang2 jer...baru cantik time potong tu.Ketinggian puding tu..sedang2 je.Puding saya ni...agak leperkan.Nanti 2nd time tau dah lerr.Yang pasti puding ni memang SEDAP.

4 comments:

ucubakery said...

salam ani...rase mcm nak bln ramadhan la pulak ade puding karamel...nk cuba buat lah..

abah khalisha said...

wah sedapnya..boleh try

amiraliyana said...

memang nampak sedap! mengancam!

bersama kak Es said...

rajinnye memudinnnggg :)
karamel mmg sedap!