Thursday, July 14, 2011

Klik2 hari ini-14/7/11

Ani Berkata:ermmmm...mana perginya org2 yg berkenaan

Kongsi rumah dengan burung



AHMAD ZUBIB (tengah) menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada Sukri dan keluarganya di Kampung Terap Batu, Padang Serai semalam.


PADANG SERAI – Kemiskinan memaksa sebuah keluarga di Kampung Terap Batu dekat sini menumpang teduh di sebuah bangsal usang yang menjadi sarang burung walit sejak empat tahun lalu.

Itulah yang mampu disediakan Sukri Yusuf, 40, bagi memastikan keselesaan isteri, Noorlaila Asyikin Md. Nor, 28, dan tiga anak mereka, Mohd. Dainal Zamil, 7, Mohd. Dinas Haikal, 4, dan Mohd. Harif Iskandar, 3.

Bangsal berdinding papan beratapkan zink itu milik seorang pengusaha Cina yang simpati dengan nasib keluarga malang itu lalu membenarkan mereka menumpang di situ.

Menurut Sukri, upah yang diterima sebagai pembantu kedai runcit di Tanjung Belit tidak jauh dari rumahnya hanya cukup untuk menampung belanja dapur dan tidak mampu menyewa sebuah rumah yang sempurna.

“Sebelum ini bekerja kampung tetapi pendapatan tidak menentu. Memang impian saya ingin sediakan rumah yang selesa kepada keluarga tetapi apakan daya inilah sahaja yang saya mampu.

“Bekalan air ke rumah ini pun dapat dari rumah seorang jiran tetapi saya tetap bersyukur kerana mempunyai tempat berteduh walaupun hanya sebuah bangsal burung,” ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini


ANI BERKATA : BILA SYAITAN DAH BERMAHARAJALELA DLM DIRI BEGINILAH JD NYA

Kalah judi pukul isteri


Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BATU PAHAT: Baru sembilan bulan mengecap nikmat alam perkahwinan namun seorang wanita menganggap dirinya berada dalam neraka dunia kerana bukan sekadar dikurung, malah hanya disajikan biskut kering, roti dan air kosong, manakala tubuhnya teruk dibelasah dengan wayar elektrik oleh suaminya.

Ketika mendedahkan perkara itu mangsa hanya mahu dikenali sebagai Wati, 26, berkata, dia turut diugut dilacurkan suaminya yang juga kaki judi tegar tidak lama selepas mereka bernikah, September tahun lalu.

“Sepanjang berkahwin, saya sentiasa dikurung dan tidak dibenarkan menghubungi ahli keluarga termasuk ibu. Setiap kali suami kalah berjudi, saya perlu ‘menyerahkan’ badan untuk didera atau dilibas dengan wayar elektrik.

“Saya meraung dan menangis sekuat hati kerana tidak tahan dengan kesakitan akibat libasan itu, tetapi suami semakin menggila, seluruh badan hinggakan paha, mata, betis cedera. Itulah azab yang saya lalui selama ini,” katanya, semalam.


Menurut Wati, kali terakhir dia menjadi mangsa belasahan suaminya yang dikenali sebagai Shahrul, 38, pada awal Jun lalu ketika berada di rumah sewa mereka di Segambut, Kuala Lump




2 comments:

Kakzakie said...

Masya-Allah....

1. Ada yg pula membeli sebentuk cincin berjuta-juta tanpa sedar rakyat yg perlu dibantu rumah pun tak ada.

2. Istikharahlah sebelum menikah. Jangan sekadar menikah kerana cinta. Sayangilah diri juga.... Jauh dari iman inilah jadinya. Astaghfirullah....

Ucu Faridah said...

1. kalau nk menderma kena panggil wartawan...konon ikhlas n prihatin pd rakyat....

2. cinta maa....lautan api sanggup kurenangi ....iman tak dapat diwarisi...