Photobucket

Friday, July 15, 2011

Kuih yang amat simple...selalu juga la dok buat
saja ja nak share...

Bahan

2 biji ubi keledek saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
gula secukupnya
minyak untuk menggoreng




Cara

1.Kupas ubi, potong dan rebus hingga empuk(letak sedikit garam semasa merebus)
Rebus dahulu kemudian kupas pun ok.
2.Lecek hingga betul2 lumat.Biarkan sejuk sebentar.
3.Masukkan gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh/boleh di bentuk.
4.Bulatkan doh kecil2 (sebesar bola pingpong), kemudian leperkan dengan tangan.
5.Letakkan gula ditengah dan bentukkan menjadi lonjong/bujur.Ulang proses hingga selesai.
6.Setelah itu bolehlah digoreng hingga kekuning-kuningan.

**Kalau adunan melekat di tangan ketika membentuk, sapukan sedikit minyak di tangan/jari.Tepung juga boleh digunakan.

1 comment:

halila Ibrahim said...

emmm ... macam cucur keria kan..\

BTW ... salam kenal ye..