Wednesday, July 27, 2011

Nasi Tomato


Semua ni Along punya pasal.Satu mlm tu dia pergi sembahyang kat masjid dengan kawan2.Lepas isyak dia balik bersama sepinggan nasi tomato.Ada orang buat kenduri katanya.nampak mcm lazat je .Nak minta kompom tak kasi punya.Siannya apa lagi...mulalah aku mencari resepi nasi tomato.Maka dpt jugalah aku mkn nasi tomato.Sedap la juga ...resepi pun mudah..aku ambik kat SINI..jom kita tengok resepinya

Bahan A

Minyak/Marjerin
Bawang merah(ditumbuk)
Bawang putih(ditumbuk)
Halia(ditumbuk)
Bunga lawang
Bunga Cengkih
Kulit kayu manis
Buah pelaga

Bahan B

Sos tomato& cili(saya guna tomato pure)
2 s/bsr susu tepung
Sedikit air
garam

*saya campurkan semua dan gaul sebati

Cara
-Masak nasi seperti biasa
-Sementara itu tumis bahan A hingga naik bau dlm periuk berasingan.
-masukkan bahan B kacau rata.Tunggu sehingga sedikit kering
-Apabila nasi menggelegak, masukkan bahan tumis dan kacau rata
-Nasi tadi akan siap dimasak mcm biasa.


  • Untuk resepi ayam masak merah saya ambik kat SINI, izin copy/paste ye.Terima kasih.Seeloknya kuah dipekatkan sedikit lagi.Dah tak sabar2 nak makan..hihihih


  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.