Photobucket

Tuesday, August 16, 2011

Dah Suka Sangat Hak Orang....

Ani Berkata:Adat la tuu....dh kita ambil hak org, org lain pula akan ambil hak kita.Jd...sebelum ambil hak org fikir²kan


Penangan hidup bermadu


RUSNAH ditenangkan anggota polis ketika mengamuk kerana gambarnya dirakam oleh jurugambar di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang wanita yang merupakan isteri nombor dua dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,000 di Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan menceroboh dan merosakkan harta benda di rumah madunya dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Tertuduh, Rusnah Awang, 31, dari Kampung Pekan Sari, Tembila, Besut dekat sini hanya menundukkan kepala selepas mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.

Mengikut kertas pertuduhan, dia yang bekerja sebagai tukang sapu didakwa menceroboh masuk ke rumah Azizah Awang, 40, yang beralamat di No. 1296C, Jalan Kenanga, Batu Buruk di sini pada pukul 10.15 pagi pada 12 Ogos lalu.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak sampai tiga tahun atau denda sebanyak RM5,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala tertuduh pula diwakili peguam bela, Mohd. Hayatuddin Muhamad.

Majistret Nor Azizah ketika membacakan keputusan itu turut memberikan nasihat kepada tertuduh agar tidak terlalu mengikut perasaan dalam melalui kehidupan bermadu.

"Hukuman ini adalah satu pengajaran buat kamu agar tidak melakukan perbuatan sama pada masa akan datang," kata Nor Azizah.

Tertuduh membayar denda itu

Sementara itu, suasana kecoh di luar mahkamah apabila tertuduh mengeluarkan kata-kata kesat kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, Azizah iaitu isteri nombor tiga terkejut melihat kelibat seorang perempuan merupakan madunya yang menaiki motosikal berhenti berhampiran rumahnya.

Sejurus selepas itu, mangsa yang duduk di sebuah warung berdekatan terdengar bunyi bising suara perempuan menjerit-jerit dari dalam rumahnya.

Selepas diteliti, mangsa mendapati madunya itu sedang mengamuk dengan memecahkan pelbagai barangan kaca seperti cermin tingkap dan pasu bunga.

Turut menjadi sasaran adalah cermin kereta milik mangsa.

Mangsa juga mendakwa tertuduh sebelum ini pernah melakukan tindakan sama dengan memecahkan harta benda di rumahnya pada Oktober 2009.

Suami kepada dua wanita itu bekerja sebagai penarik kereta. Azizah tidak hadir ke mahkamah semalam.

Difahamkan, tertuduh bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dan berang dengan tindakan suaminya yang berkahwin dengan Azizah.

1 comment:

Cik Nor said...

itu le pasai. buat baik balas baik. dunia ni roda. akan berpusing dan kena balik