Wednesday, July 4, 2001

Ini pula resepi minum petang...cik abang la yg request. Nak makan cucur udang katanya.Kebetulan memang ada lagi balance udang.Anak-anak pun suka, buat aje lah kan.... offday macam inilah dapat melayan kehendak orang-orang tersayang.Lagipun memang insan-insan kat rumah ini sukakan menu ni, nak-nak pula cik abang, tapi dengan satu syarat..jangan letak banyak ramuan sampingan.Kalau boleh tu memang nak udang dengan tepung jerr.Kita la pula rasa pelik ja..kalau terlalu kosong sangat.Tak payah nak buat kuah kacang, cicah dengan sos je. Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air
secubit garam
udang secukupnya
selabu bawang besar dipotong nipis
sedikit gula(1-2 sudu kecil)
1 sudu kecil soda bikarbonat(saya guna yis kering)
sedikit daun kucai

Caranya
Campurkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sebati.Kemudian masukkan yis, garam dan gula.Gaul sebentar.Seterusnya bolehlah kita masukkan air dan bawang besar.Kacau/gaul hingga sebati.Akhir sekali saya masukkan udang dan daun kucai.Gaul lagi.Bancuhan atau adunan ini seelok-eloknya seperti bancuhan cekodok.Boleh dijemput dengan tangan atau sudu.
Siap untuk digoreng.

**kalau nak lebih meriah, boleh juga dipotong cili merah/besar untuk diletak dalam adunan tadi.Saya pernah juga terjumpa ada orang cincang lobak merah untuk diletakkan dalam adunan meraka.Memang nampak cantik dan menarik.Lagi teruja nak makan.

No comments: