Photobucket

Thursday, June 24, 2010

Suka suki lagi


Bermula fikrah dgn berfikir , kerana berfikir dtgnya zikir. Bila berzikir terserlah kebenaran dan kebenaran itu datangnya dr Al-Quran.

Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu.

Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringnya ia menitik.

Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan.

Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan...jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan buat pedoman.

Perkataan yang lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu, dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera.

No comments: