Jika pengarah filem Kabir Bhatia mampu mengubahsuai beberapa elemen keterlaluan yang tidak perlu dimuatkan, tentu filem yang paling dinantikan Nur Kasih The Movie (NKTM) ini akan jadi filem malar hijau. Lupakan saja elemen drama ‘cinta agung’ Adam pada Nur Amina, babak kemalangan kereta api dan mimpi ngeri, tentu filem ini mampu jadi lebih baik.
Sayangnya, filem ini dicelarukan oleh paparan elemen drama yang keterlaluan. Impaknya, NKTM menjadi sebuah naskhah yang hanya layak dipanggil sebuah kompilasi drama-drama Nur Kasih yang sepatutnya diangkat sebagai karya hebat di layar lebar.
Andai menerusi dua filem cinta sebelum ini iaitu Cinta (2006) dan Sepi(2008), gandingan Kabir bersama isterinya Mira Mustafa selaku penulis skrip mampu menyentuh jiwa tetapi kurang berkesan untuk kali ini.
Memang NKTM punya mesej yang baik dan diwarnai penyampaian yang menghiburkan, cuma ia disulami elemen dramatik yang keterlaluan.
Adalah mengecewakan apabila persembahan bermutu Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah dan Liza Othman dicemari kecelaruan plot filem ini.
Mungkin lakonan Remy hanya pada tahap sederhana berbanding Fizz dan Tiz tetapi secara keseluruhannya semua pendukung filem ini telah menepati standard yang diharapkan.
Begitu juga lakonan tiga pelakon muda yang menggalas watak remaja bermasalah iaitu Syafie Naswip, Sara Ali dan Muniff Isa.
Babak pergaduhan di dalam terowong antara tiga pelakon ini dengan Aidil (Fizz Fairuz) adalah antara paparan terbaik yang mengagumkan. Mereka dilihat cukup bijak mencuri ruang yang lazimnya didominasi oleh Remy, Tiz dan Fizz.Nak tahu lagi jom sambung kat SINI
Sumber:LAMAN KL
3 comments:
teringin nak gi cinema tgk citer nur kasih the movie tapi apakan daya ada anak kecil terpaksalah dilupakan..hu..hu...
sama lah kita...hihihi
nk tgk...bila le berkesempatan ni
Post a Comment