Photobucket

Monday, May 23, 2011

Mandi Aura kasih

RUANGAN jakuzi yang dirias khas bagi mengujakan pelanggan yang menjalani rawatan.

KEHILANGAN semangat dan aura dalaman akibat sibuk bekerja dan menguruskan rumah tangga merupakan masalah normal bagi wanita hari ini. Bukan sahaja wanita bekerjaya, para pelajar yang terbeban dengan tugasan universiti juga tidak terkecuali daripada menghadapi masalah kehilangan seri wajah mereka tanpa sedar.

Bagi mengatasi masalah itu, rawatan pemulihan aura dalaman wanita adalah pilihan alternatif yang boleh diambil selain mandi bunga yang sering kita dengar.

Salon Norz Beauty House Sdn. Bhd. (NBHSB) yang diasaskan oleh Datin Norsiah Mahadi menyahut permintaan itu dengan menyediakan pusat kecantikan khusus untuk kaum wanita.

Ditubuhkan pada 12 Mei 1999 bagi memenuhi keperluan pasaran di dalam bidang kecantikan, bisnes yang diberi nama Spa Kasih Anana tersebut menawarkan pelbagai jenis rawatan.

Konsep

Tidak lagi dibayangi dekorasi spa ala Bali, Spa Kasih Anana menggunakan konsep rekaan dalaman ala Melayu tradisional sepenuhnya.

Hiasan dinding yang menjadi dekorasi utama spa ini menggunakan kayu dan buluh manakala laluan lantai spa dihiasi batu-batuan sungai warna asas putih dan hitam.

Spa itu menawarkan rawatan dari hujung rambut ke hujung kaki meliputi rawatan wajah, lulur, rias kuku, mandian, sauna, urutan dan pakej perkahwinan.

Kesemua produk yang digunakan dalam rawatan adalah daripada sumber semula jadi. Salah satu bahan utamanya adalah nanas yang dipercayai mempunyai khasiat yang baik untuk kecantikan.

Selain itu, Spa Kasih Anana turut menawarkan rawatan Sistem Terapi Jarum Mikro (MTS) bagi merawat parut, pelbagai masalah kulit dan rambut gugur.

Lebih mengujakan, Spa Kasih Anana memperkenalkan rawatan mandi aura malam bulan purnama. Ia merupakan tarikan utama di premis itu kerana wanita akan dibelai dengan mandian menggunakan campuran minyak khas yang dibuat menggunakan 1,001 jenis pati bunga-bungaan.

Menurut Norsiah, selain titisan minyak yang mengembalikan aura dalaman wanita, pelanggan boleh membawa pilihan bunga-bungaan mereka sendiri untuk ditambah ke dalam mandian.

“Kami turut menaburkan tujuh jenis bunga-bungaan ke dalam mandian tetapi pelanggan juga dibenarkan membawa bunga pilihan mereka sendiri,” katanya.

Selain itu katanya, Spa Kasih Anana juga mengeluarkan produk mereka sendiri antaranya Herbal Body Mask, Herbal Body Scrub, Herbal Body Shampoo, Herbal Body Lotion, serta rangkaian penjagaan wajah untuk kulit biasa atau berjerawat.

SPA KASIH ANANA

Lot 2.15 & 2.16, Aras 1,

Medan Mara, Jalan Raja Laut,

50350 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2698 1098

SUMBER:KOSMO

No comments: