Wednesday, May 11, 2011

Mayat bot berdarah ditemui

Ngeriiiii...agak2 sapa la yang bunuh depa no..ish3 jom kita baca...

SABAK BERNAM: Selepas genap seminggu lima nelayan termasuk tiga warga asing hilang sejak 4 Mei lalu, polis menemui mayat seorang daripada dua nelayan tempatan itu, Ismail Rejab, 41, semalam, dengan kesan kelar di leher.

Mayat yang hanya memakai seluar dalam berwarna hijau itu ditemui terapung di lautan nelayan tempatan kira-kira 33 batu nautika dari jeti Kampung Bagan Sungai Besar, pada jam 7.30 pagi.

Bagaimanapun, sebelum laporan bedah siasat dikeluarkan pihak Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam lewat petang semalam, terdapat kekeliruan antara dua keluarga nelayan tempatan apabila masing-masing mengakui mayat yang ditemui tidak mempunyai wajah lagi itu adalah ahli keluarga mereka yang hilang berdasarkan seluar dalam hijau berkenaan.

Muka depan Harian Metro pada Isnin lalu melaporkan lima nelayan termasuk dua rakyat tempatan iaitu tekong, Chia Yeow Chian, 41; pembantunya, Ismail Rejab, 41, serta tiga awak-awak warga Indonesia berusia antara 30 dan 35 tahun hilang dan gagal dikesan.


Laporan akhbar Sabtu lalu menyiarkan misteri bot dinaiki mereka berada di jeti Kampung Bagan Sungai Besar itu dengan kesan darah di beberapa bahagian bot itu, tetapi semua nelayan terbabit tidak ditemui dan operasi mencari dan menyelamat menemui tilam berdarah di laut berhampiran.


Sumber:HMETRO

2 comments:

mcm ni lah said...

ni mesti kerja2 lanun ni

ani said...

ntah la, tp warga indon tu...dh jumpa ker?