SYUKUR
Inilah sejenis perasaan yang jarang bermukim dihati kita, bahkan kita kerap lupa dan alpa.
Syukur merupakan sifat mulia yang dikaitkan dengan amalan hati dan akhlak terpuji yang
sepatutnya sentiasa menghiasi kehidupan kita.Syukur merupakan satu sifat yang dilahirkan
daripada respons terhadap nikmat yang dikurniakan ALLAH.
Maknanya jikat kita tahu erti syukur walaupun sekecil-kecil nikmat ALLAH, maka kita layak
mendapat kelebihan berkat rahmat ALLAH YANG MAHA KAYA.
Seseorang yang mengucapkan perasaan syukur dalam keadaan dia sedang mengalami
kedukaan, dialah akan dilimpahi berbagai-bagai nikmat kasih sayang dari ALLAH.
Firman ALLAH dalam Kitabnya
"sesungguhnya jika engkau bersyukur, nescaya aku akan menambahkan lebih banyak
nikmat kepada engkau".
Dan tentunya kita yakin bahawa ALLAH akan menepati janjinya.Akhirnya, janganlah kita
cuma pandai meminta.Lengkapi pula dengan BERSYUKUR.
No comments:
Post a Comment