Sunday, June 19, 2011

Apam Beras

Jemput makan



Zoom sikit(jurugambar tak bertauliah....ini je la yang mampu)


Malam tadi sempat juga meng"APAM" kan apam beras.Jadinya boleh la dimakan untuk sarapanpagi ni.Sedap tau...nak2 pula dimakan bersama kelapa parut.Jom kita tengok resipi.
Boleh juga dapatkan resipi di SINI...saya suka apam yg dibuat beliau.

Bahan-bahan

1 cawan nasi
1 1/4 cawan air
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 sudu yis mauripan
1 peket kecil eno

Caranya

1.Blen nasi bersama air hingga hancur, tambahkan gula, tepung beras dan yis.Blend lagi hingga sebati.
2.Perap adunan tadi selama 4-5 jam
3.Tambahkan eno, kacau perlahan.
4.Bahagikan kepada beberapa bahagian dan tambahkan warna yg disukai, kacau perlahan.
(pilihan)
5.Masukkan dalam acuan kesukaan yang telah disapu dengan sedikit minyak.Kukus lebih kurang 15 minit (dalam bekas kecil) dan 30 minit atau masak (dalam loyang).

4 comments:

NasZ said...

sedapnya..tak sarapan lagi ni..huhu.

DENGKI ...

Hafizah Mohamad said...

sedapnyer tgk apam ani...kembang setaman jer mmg cantik...sedap pulak makan dengan kelapa parut n teh panas2...sodapnyer...=)

ani said...

naz&fizah:boleh la setakat nak makan tu, mai kita bersarapan.

Elih Japahar said...

nyum3x...~~! nak satu boleh lapar ni...:D