Monday, June 20, 2011

Window Shopping

Offday 2 hari...jemu juga dok terperap kat rumah je.Lagipun dah janji dengan anak2 nak bawa pergi main2 kat taman permainan.Aku apa lagi ambil peluang keemasan laaa.Walaupun hari2 ulang alik kut Pekan Kuah ni....masih tak sempat nak merayap.Anak2 bagi si abah yang tengok2an kat taman permainan tu.Si ibu apa lagi nak cuci mata kat kedai pinggan mangkok ni.Sesekali boleh boleh je kan?.Tak beli pun...tengok2 je, kalau ada yang berkenan di hati cukup bulan kita roger arr.

Masa dok snap pic kat bawah2 ni...Pak Cik Ram dok usha jerr.Dia ingat aku nak wat apa gamaknya.Pak Cik...sebenarnya saya nak kongsi pic yang sempat saya snap ni dengan kenkawan kat blog.Cakap dalam hati la.Mak cik...kakak2...adik2 yang sudah berumah tangga tentu suka dengan pic2 ni.Al maklum lah kan?...Kalau tak suka bukan namanya perempuan lah pula yerr.Nak2 pula koleksi2 ni masih belum ada dalam senarai kat dalam almari di rumah tu.Kalau dah ada....no hal.Macam2 jenis bunga..macam2 jenis harga.Hari tu pula ramai sangat mak cik2 dari Kelantan (dengar cara cakap la) bershopping di situ.Syoqnya rasa.

Ini belum lagi pergi kat Hj Ismail Group, Idaman Suri & Saga.Rasanya kat sana lagi meriah.
Nanti free boleh la pi skodeng disana pula.Jom la kita cuci mata dengan gambar2 yang sempat saya snap tu.Kat kedai ni la aku skodeng...
kedai ni la yang menjadi sasaranku pd hari tu..area pekan Rabu, Kuah Langkawi.
Tuuu....cawan vantage lagi
dok teringin sangat bekas yang ada warmer tu...sob2
Meriah oooo
Nak yang ini juga....murah ke mahal?
Yang ini pula harganya....mak aiiiiiii
Ermmm....teruja, yang kat rumah bunga dah lapok
Vantage....tu yang tak tertahan


Apa macam....ada yang melekat di hati ke, mahal ke murah?termimpi-mimpi pula...

3 comments:

NasZ said...

layan...huhu..

MOHD NASER.com

jemarioren said...

penah masuk kat sini dulu. eh, dorang tak marah ke amik gambo gitu

ani said...

jemari:dok usha gak la...