Photobucket

Tuesday, June 14, 2011

Apam Gula Merah


Apam Gula Merah


Hari ni nak share satu resipi lagi,Apam Gula Merah.Menggodek-godek malam tadi....kalau nak buat pagi ni..memang tak sempat la si Along nak bawa bekal ke sekolah(harap dia nak la bawa).Pagi tadi cuma bangun panaskan.Try letak dalam bekas2 kecil....niat hati nak tarik minat Along untuk bawa ke sekolah.Wahh...memang dia nak bawa, apa lagi...berbunga-bunga lah hati ibu.Along sebenarnya suka makanan heavy untuk breakfast.Tu yg tak sangka dia minta nak bawa.Resipi tentunya dr KAK NOR SECUBIT GARAM.Sebelum ni kalau godek apam ni..x pernah letak tepung beras, jd bila jumpa resipi letak tepung beras..cubalah.Ermmm sedap juga, nak2 pula dimakan bersama kelapa parut yg digaul bersama sedikit garam.Jom kita tengok resipinya.

BAHAN A

1 cawan gula merah*
1/2 cawan gula pasir*
1 cawan air*
2 helai daun pandan* (* dimasak bersama dan sejukkan)

BAHAN B

1 sudu besar yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula pasir

BAHAN C

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air

Caranya

1.Masak bahan A hingga larut dan sejukkan
2.Bancuh bahan B dan biarkan hingga berbuih
3.Campurkan semua bahan B&C ke dalam mangkok besar dan masukkan sekali air gula
yang telah disejukkan (masukkan dalam blender lagi senang).Putar hingga sebati.

Pastikan bekas/loyang yg hendak digunakan disapu/lenserkan sedikit minyak.
Selepas itu saya masukkan terus dalam bekas2 kecil(2-3 sudu besar).Lakukan proses ini sehingga selesai.Perap selama 1 jam atau naik 3 kali ganda.Oleh kerana saya masukkan dalam bekas2 kecil proses mengukusnya lbh kurang 20 minit.Maaf ye kak NOR... menderhaka sikit.

Cara kak NOR lak...setelah sebati adunan, perap selama 1 jam atau naik 3 kali ganda.Lenserkan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan kedalam loyang dan biarkan selama 10 minit lagi.Kukus adunan selama 40 minit dengan api sederhana.Kalau masih belum berpuah hati boleh la MELAWAT SINI.KAK NOR SECUBIT GARAM.Terima kasih ye kak NOR.


No comments: