Wednesday, June 22, 2011

Sambal telur pecah dalam

Assalamualaikum.Ermm...dah lewat2 malam begini baru nak up date "sambal telur pecah dalam".Nak buat macam mana..dah ini baru berkesempatan.Sambal ni memang menjadi kegemaran Along & Abah.Ibu?tentu sekali.Menu ini kalau hari-hari buat pun tak ada masalahnya.Memang cuci bersih.Cuma kita la kadang2 jemu juga.Tapi kalau sambal telur pecah dalam ni...berulang-ulang Along makan nasi...tak cukup nasi dengan roti pun jadi kerja.Rasanya semua orang dah tahu resepi sambal telur pecah dalam ni.Tapi tak salah kan kalau nak kongsi sekali lagi kat sini.Jom kita tengok cara saya....



Sambal tumis telur pecah dalam
Bahan2

4 biji telur
10-15 tangkai cili kering-blend
2 ulas bawang putih-blend
2 ulas bawang merah-blend
1 labu bawang besar-blend
air(agak-agak/jangan terlalu cair atau pekat)
Sedikit air asam jawa
sedikit garam-secukup rasa
sedikit belacan-blend (sebesar jari kelingking *optional)
sedikit gula-secukup rasa
sedikit perasa-optional
minyak untuk menumis

Cara-cara
Panaskan minyak, selepas itu tumis bahan2 yang telah di blend tadi.Biarkan sebentar atau pecah minyak.Kemudian bolehlah kita pecahkan telur ke dalam bahan2 yang ditumis tadi.Seterusnya bolehlah kita masukkan air, air asam jawa, garam dan gula.Masak hingga pekat atau seelok rasa.

2 comments:

hajar said...

saya pun suka sambal ni k.ani. kalau pakai cili padi lagi best... terangkat woo...

ani said...

hajar:ermmm...memang terangkat.