Photobucket

Wednesday, June 22, 2011

Tertunggu-tunggu KEHADIRAN FAUZIAH SAMAD-283

Ihsan Google




Assalamualaikum dan salam sejahtera

1st sekali nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kak Jee (Fauziah Samad) kerana sudi jadi followers blog yang tak seberapa ini.Terima kasih banyak-banyak akak.Masa awal2 saya follow blog Kak Jee, boleh di katakan setiap hari bila on blog pasti cari wajah Kak Jee...kut2 la Kak Jee sudi mem"FOLLOW" blog AqilAqilahduniaku pula.Bukan la maksud saya...kalau saya follow blog seseorang dia mesti follow blog saya juga.Tidak sama sekali.Tapi bila tiba masa saya follow blog Kak Jee...memang saya mengharapkan Kak Jee juga sudi follow blog saya.Tak baikkan?Dulu2 dok tengok wajah Kak Jee kat TV..tup2 terjumpa pula blog dia.Tu yang dok harap sangat.Hihihi.....ada sebab tauuu, SEBABNYA Kak Jee orang GLAMOUR.Teringin sangatttttt.Akhirnya saya letak link blog Kak Jee dalam bloglist....senang nak skodeng cerita terkini dan sudah tentu sekali masakan terkini dari Kak Jee.Lama saya menunggu....setiap hari dok mengharap gitu.Tapi orang tak follow..nak buat macam mana, tak kan pula nak komen n3 Kak Jee dan akhirnya minta Kak Jee follow.

Tapi hari ini 22/06/2011 harapan saya menjadi kenyataan...on saja blog nampak wajah Kak Jee.Syoq nyaaaaaaaaaa.Orang yang ke 283.Terima kasih sekali lagi ya Kak Jee.

Ini yang membuatkan semangat semakin membara nak up date blog.Saya memang tak pandai nak mengarang.Tapi akan taip apa saja yang terlintas di fikiran.Setiap hari bila baca n3 Kak Jee sedap jerrr...wartawan la katakan.Ayat memang sedap dan tersusun ja.Sudah la pandai menulis...memasak pun pandai juga Kak Jee kita ni.Kiranya cukup pakej la Kak Jee ni.Saya teringin nak jadi penulis(penulis blog pun kira ok) tapi terkial-kial bab nak mengatur ayat dan tatabahasa.Mesti kalau cikgu Bahasa Melayu terjah blog ni..dia ketawa terbahak-bahak.Bab memasak pula memang minat....pun juga memang tak pandai memasak.Sekadar nak makan anak beranak tu boleh la.


Buat Kak Jee..tujuan saya menulis N3 ini bukanlah untuk membodek atau disebabkan Kak Jee orang GLAMOUR barulah nak tulis N3 khas..tidak.tidak..tidak.Ikhlas nak ucapkan terima kasih itu yang sebenarnya.TERUJA siot.hihihi.Jangan marahhh.Kalau saya tulis bab orang lain...siapa yang kenal...tapi kalau N3 bab FAUZIAH SAMAD tentu semua orang kenal.Kalau depa2 tu terjah blog Kak Jee mesti tak rugi.Marilah ramai-ramai terjah blog Kak Jee.Ampun dan maaf sekiranya bait-bait perkataan saya menyinggung perasaan Kak Jee.Yang baik semua dariNYA
dan yang buruk itu daripada saya.


Apa-apapun TERIMA KASIH yang tak terhingga buat PUAN FAUZIAH BT SAMAD.

1 comment:

Fauziah Samad said...

salam Ani. Terharu Kjee baca pujian melambung dari Ani. Terima kasih kerana jadi follower setia blog Kjee.