Tuesday, June 28, 2011

Kek Pisang

Bagi gambar aje yang bercerita nohhh





Bahan-bahan
*2 cawan tepung gandum

*2 cawan gula(saya guna 1 1/2 )

*5 biji telur (saya guna gred A)

*1 cawan minyak

*1 1/2 cawan pisang -setelah dilenyek(saya guna 1 cwn ja)

*1 sudu kecil soda bikarbonat

*1 sudu kecil baking powder

*perasa pisang(saya letak += 2 sudu kecil)

*ovallate (optional)





Caranya

1.Ayak tepung bersama soda & baking powder.Ketepikan

2.Pukul gula bersama ovallate hingga sebati.Kemudian masukkan telur dan pukul sehingga kembang.(saya guna speed tinggi)

3.Masukkan pisang yg telah dilenyek tadi kedalam telur, gaul sebati

4.Kemudian masukkan tepung dan minyak(berselang seli)kedalam adunan telur .Jika adunan tadi agak lembut/lembik bolehlah ditambah tepung.Masukkan perisa pisang.Kacau sebentar.

5.Akhirnya boleh lah dibakar.Bakar lbh kurang 45 minit hingga 1 jam atau lebih tepat sehingga masak.(lenser loyang dengan marjerin)

6.Biarkan kek sejuk, baru lah terbalikkan dari loyang.Selamat mencuba.

3 comments:

Mohd Hazwan Hashim said...

kek pisang sodaapp :)

jemarioren said...

nak salin lagik. tq

cik cek said...

Cantiknya kek pisang ni...rasanya mesti sedapkan...:)