Wednesday, June 29, 2011

Lompang

Malam tadi sambil dok membasuh pinggan mangkuk tu...otak dok berputar-putar je, apa la menu untuk sarapan esok(hari ini)...ermmm dapat satu idea simple.Mari kita buat lompang.Geledah peti ais pula cari gula melaka..tak ada, maka lompang daun pandan aje lah jawabnya...kita letak pula warna hijau kuning.Kedah la katakannn....




Sukatan ini boleh menghasilkan lebih kurang 30 biji kuih lompang, ini pun dah cukup banyak jika nak dibandingkan dengan keluarga saya yg kecil ni.Saya guna acuan yg paling kecil saiznya.Jom kita tengok...

Bahan-bahannya

1 1/2 cawan tepung beras
2 cawan air(1 air gula + 1 air daun pandan)
3/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1 sdk pewarna hijau
1 sdk pewarna kuning telur
1 sdk air kapur
2 sdb tepung ubi

Caranya
1.Masak gula dengan satu cawan air, bila semua gula larut.Ketepikan.
2.Blen satu cawan air lagi dengan daun pandan(tapis dan ambil air)
3.Campurkan tepung beras dan tepung ubi didalam satu bekas.
4.Masukkan air gula yang dimasak tadi, air daun pandan dan air kapur.Kacau sebati.Kalau nak lebih selamat tapis bancuhan sebelum kita tuang kedalam acuan.
5.Bahagikan kepada dua bahagian(kalau nak letak dua warna) 6.Tuang kedalam acuan yg telah disapu dengan sedikit minyak. 7.Kukus selama 10-15 minit.

6 comments:

Ucu Faridah said...

salam ani...lompang kegemaran ucu..dulu pernah cuba buat..tp amat2 menyedihkan..terkeras la pulak..ni dah ada resipi dr ani, ucu nak buat hujung minggu nilah...

niena shopping2u said...

kuih ni sgt sodap... walaupun namanya seakan-akan lempang, tapi tak semestinya rasa nya sama spt pelempang :) macehh

ani said...

ucu:sama la kita...tak ingat la ani ambik resepi kat mana...buat.tup2 keras..tp yg ni..memang mnjadi

niena:tu la nama seakan-akan lempang...tp lempang ni kalau kena gaya memang sedap..kelapa tu kasi rasa masin sikit..memang bangkit selera(jgn pula terlalu masin)

Idah said...

jealour pula kita ani boleh wat kueh macam2...kita hanya mlm shj ada kat umah dan selebihnya kat ofis..hari minggu pula nak rehat2...jadi nak buat kueh tu..kena cari masa betul2 kena waktunya...(alasan je tu..)

kakchik@ella said...

lama tk mkn kueh lompang. nak sikit boleh? hihihi

ani said...

kak chik:sekali-sekala memang sedap, 2nd time buat..yg 1st tak menjadi...sedikit keras..ani edit resepi sikit(derhaka)..klu nak ikut resepi asal tak terhabis rasanya...keluarga kecik, nak kena suai padankan....
kalau kak chik dok area langkawi, memang boleh aihhh...