Mee kuning-dibasuh & dicelur
2-3 ulas bawang merah-dikisar
2-3 ulas bawang putih-dikisar
5-10 tangkai cili kering-dikisar
3-4 cawan air-kuah
1/2 sudu sos cili/tiram(kali ni saya guna sos cili)
sotong/udang atau kedua-duanya sekali
1 biji kentang
2 biji telur
sayur sawi/kobis/karot/tauhu(optional)
garam & perasa secukupnya
minyak untuk menumis
bawang goreng(untuk ditabur)
**ubi kentang saya rebus dan blen, ini kerana untuk memekatkan kuah.Kadang2 saya guna juga ubi keledek.Terpulang kepada citarasa masing.
Cara memasak
1.Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
2.Masukkan cili kering yg dikisar tadi, biarkan sekali mendidih sambil dikacau perlahan.
3.Masukkan 3-4 cawan air dan didihkan, kemudian masukkan kentang yg telah di blend tadi.
4.Masukkan udang/sotong, sayur, garam dan perasa.
5.Bila dah cukup rasa pecahkan telur dalam kuah.
6.Apabila semuanya sudah masak, bolehlah dituang diatas mee yg telah pun kita rebus tadi.
7.Tabur bawang goreng, lada hiris dan limau jika mahu.Siap untuk dimakan.
2 comments:
salam ani...
sedapnye mee kuah...
kalau kt tempat ucu kami panggil mee rebus..
ada lagi ke.. minta semangkuk kuahnye....
ucu:mee rebus pun ada juga sini, tp kuah dia lebih pekat....siap ada keropok ranggup gitu, taugeh yg dicelur dan daging rebus dipotong nipis gitu.ani x pandai masak mee rebus..ani pandai makan ja
Post a Comment