Wednesday, June 29, 2011

Murtabak Maggi

Petang2 begini pekena murtabak maggi pun sodap...kena pula air teh suam2 kuku, memang umphhh.....dok bercadang nak bawa anak-anak pergi mandi laut, tp hujan jaaa....lebih baik menternak lemak dirumah.Tapi kejap lagi memang nak keluar juga.Nak shopping set pinggan kat kedai Pak cik RAM di pekan RABU.



Murtabak Maggi-Jemput Makan




Bahan-(simple sangat)

sebungkus maggi

2 biji telur

selabu bawang besar(saiz kecil)-dicincang

cili besar/cili merah

garam-secukup rasa

serbuk perasa(optional)


Caranya

1.Maggi direndam dalam air panas lbh kurang 10 minit-toskan

2.Pecahkan telur dan kacau ala2 manja, masukkan garam dan serbuk perasa,bawang besar dan cili merah kacau lagi.

3Masukkan maggi yang telah direndam tadi

4.Panaskan kuali non-stick, letak sedikit minyak/marjerin(tak nak minyak pun tak mengapa)

5.Masukkan bancuhan maggi tadi.Masak lebih kurang 10 minit.


*Untuk nampak meriah sikit saya letak sedikit daun kucai. sedap dimakan bersama sos cili dan mayonis.Saya dapat 3 biji murtabak untuk saiz kuali yg sebesar gambar diatas dan saya tidak menggunakan serbuk perasa yg terdapat dalam bungkusan maggi.Kalau nak guna juga, jangan letak garam lagi.Begitu juga cili, keluarga kami ni suka pada rasa pedas sikit, itu sebabnya saya letak cili merah atau orang kedah panggil cabai melaka.


4 comments:

kakchik@ella said...

hmmmm .. mcm sedap. nnt kakchik nk cubalah. anak kakchik msti suka nih. hihi.

Hafizah Mohamad said...

sedapnyer ani...fiza dulu masa bulan puasa ada juga buat murtabak magi ni...mmg sedap..husband fiza suka makan...=)

niena shopping2u said...

murtabak megi ni mmg best lah :)

chegu abbas said...

x pernah g makn murtabak maggie ni....nk try buat lah...