Friday, June 17, 2011

Roti Sardin



roti sardin(letak kat bawah baru ok kan?)
roti yg dah siap digulung(yang ni pula letak atas baru ok)

Ni pula resipi terperap...dah berapa hari buat sebenarnya, tapi hari ni baru sempat nak share.Buat makan petang pun sodap ni.Jangan tak tahu, buat bf pun sedap juga.Saya lak, asal beli roti ja si along tu mesti suruh buat roti sardin ni.Tak kira masa..asal ibunya rajin jer.hihihi.Nak share juga resipi saya dengan kawan2 semua.


10 keping roti(saya guna roti high 5)
1 kecil sardin(saya guna sardin adabi)
1 labu bawang besar(dicincang)
3 biji telur (2 dibuat telur hancur + 1 untuk celup)
1 sudu jus limau nipis(saya tak letak)-optional
minyak untuk mengoreng

Inti

Satukan sardin yang sudah dilenyek dengan bawang besar.Kalau nak letak cili besar pun boleh.Saya tak letak sebab anak2 fobia dengan cili.Takut tengok warna merah tu.Masak sebentar atas api sederhana.Lepas itu bolehlah masukkan telur yang telah pun kita hancurkan tadi(telur hancur).Kacau hingga sebati.Ketepikan.


Caranya

Canai/gelek roti tadi supaya menjadi nipis.Lakukan sehingga selesai.Ambil inti tadi dan letakkan dibahagian hujung roti, gulung.Lekatkan hujungnya dengan telur.Lakukan hingga selesai 10 keping roti tadi.Lebihan telur kita gunakan untuk mencelup.Panaskan minyak.Celup roti yg telah siap digulung tadi kedalam telur dan goreng.Telur mestilah dikocok terlebih dahulu yerr.

2 comments:

bersama kak Es said...

sedap pulak tengok roti sardin gulung ni. Petang ni boleh la buat gini :)

NasZ said...

salam kenal..

jemput join segmen simple pantun saya..

SEGMEN SIMPLE : PANTUN PUJI DIRI SENDIRI ...