Sunday, July 17, 2011

Apam Pisang

Assalamualaikum semua...kali ini menjadi.Alhamdulillah..lebut & gebu.1st time buat sedikit keras, tp resepi guna santan.Kali ini tak menggunakan santan tp telur.Kalau guna pisang berangan/emas mesti lagi sedap.Untuk kali ini saya guna pisang awak jer.Dah ada, sayang pula kalau pergi beli yg lain.Sesuai untuk sarapan mahupun minum petang.

Bahan
3 biji pisang awak
1 1/2 cawan tepung gandum
1/3 cawan minyak
1/2 cawan susu segar (saya guna susu tepung)
1 sd soda bikarbonat
1 sd baking powder
1/2 cawan gula(kalau nak manis boleh d tambah)
1 biji telur
1 sd kecil esen vanila

Cara
1.Tepung diayak bersama soda dan baking powder.Ketepikan.Blend gula & telur hingga putih.
2.Masukkan minyak dan susu, blend lagi.Kemudian masukkan esen vanila dan pisang.Blend sebentar.
3.Masukkan bahan2 yang di blen tadi kedalam tepung yg telah diayak bersama soda & baking powder tadi.
4.Gaul sebati.Kukus lebih kurang 5-10 minit kalau guna acuan seperti saiz diatas.

2 comments:

cikji said...

comey jer apam pisang tuh ek,ala ala apam polkadot pun ada jugak,hehehe

Elih Japahar said...

pergggh! tiba-tiba perut ni berkeroncong awal pagi...:)