Ani Berkata:Sedihnya...AL FATIHAH
Tragedi ragut nyawa 3 beranak
SERDANG – Hasrat seorang anak saudara untuk membaca surah Yasin ke atas bapa saudaranya yang nazak tidak kesampaian apabila dia bersama isteri dan anak lelaki tunggalnya maut selepas kereta Proton Wira yang dinaiki bersama tujuh lagi penumpang terlibat dalam kemalangan kelmarin.
Kejadian memilukan pukul 11.50 malam di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Serdang menuju ke Seremban, di sini itu mengakibatkan Zulkifle Zainul, 29; isterinya, Nur Nazirah Sungip, 20, dan anak mereka, Mohd. Adam Danis, 2, maut akibat kecederaan parah di seluruh badan dan kepala.
Zulkifle yang merupakan pekerja kontrak di Jabatan Pemasaran, Utusan Melayu (M) Berhad dan anaknya meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nur Nazirah menemui ajal di hospital.
Penumpang lain yang menaiki kereta itu, Nur Jumaatun Suhaida, 24; Nor Atikah, 19; Nur Effandi, 17; Khairuddin, 12; Muhammad Amirul Aiman Muhammad Nuralif, 5; Nurul Asyura Darwisyah Abdullah, 4, dan Nor Syahiratul Shafikah, 4, cedera dan dikejarkan ke hospital.
Nor Atikah dan Khairuddin parah tetapi stabil.
Difahamkan, sebelum kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Bangi untuk mandi selepas melawat bapa saudara Nur Nazirah yang nazak di Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak dekat sini. Selepas itu, mereka berhasrat pergi semula ke situ untuk membaca surah Yasin.
Mengimbau semula kejadian itu, Nur Effandi memberitahu, ketika kejadian dia sedang tidur dan terjaga selepas terdengar jeritan.
Katanya, sebaik membuka mata, dia mendapati kereta yang dipandu Zulkifle berpusing-pusing beberapa kali.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Ani Berkata:Tak perasan pun yg mn satu...sebab dok tengok pasangan MIZI ja
Pasangan Sarah juara Mari Menari 2
KUALA LUMPUR - Setelah lima minggu berhempas pulas, pasangan Sarah dari kumpulan Ray akhirnya dinobatkan sebagai juara Mari Menari 2 di sini malam tadi.
Pasangan juara yang dianggotai Shazrul Hudson Ashley Durai, 18, dan Sarah Diana Michele Durai, 32, itu menyingkirkan pasangan Nita iaitu Umar Ali Jening, 20, dan Norny Yusnita Jening, 22.
Dalam saingan itu, kedua-dua pasangan memikul tugasan mempersembahkan tiga tarian menerusi tema Bollywood, Latin dan Fusion Dance.
Bagaimanapun, kemenangan akhirnya berpihak kepada pasangan Sarah berdasarkan undian sebanyak 56 peratus berbanding pasangan Nita yang memperoleh 44 peratus undian.
"Kemenangan yang diraih ini cukup bermakna buat kami walaupun berdepan cabaran sengit kerana pasangan Nita juga tampil dengan persembahan yang mantap," ujar Shazrul.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Ani Berkata:Padan dengan muka
‘Tindakan anak bukan derhaka’
KUALA LUMPUR: “Tindakan anak-anak tidak menjamin bapa mereka yang ditangkap khalwat tidak salah dan tidak dianggap derhaka kerana perbuatan bapa mereka itu jelas berdosa di sisi agama” kata pendakwah bebas, Datuk Hasan Mahmud al-Hafiz.
Malah katanya, tindakan itu satu langkah baik untuk memberi pengajaran kepada bapa mereka bahawa pada usia lanjut, menjadi kewajipan kepadanya untuk mengingati mati serta mempertingkatkan amal ibadat.
Beliau berkata demikian mengulas muka depan Harian Metro Sabtu lalu mengenai seorang lelaki warga emas yang ditahan kerana tuduhan berkhalwat sanggup meringkuk dalam lokap selama lebih dua bulan kerana anaknya tidak mahu membayar wang ikat jamin kekasihnya. Dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya, Balik Pulau baru-baru ini, lelaki 70-an yang bercucu itu dihadapkan ke mahkamah bersama teman wanitanya berusia 29 tahun atas tuduhan berkhalwat yang dilakukan mereka, Mei lalu. Empat anak lelaki itu yang hadir sepanjang perbicaraan dikatakan bersedia menjamin bapa mereka namun keadaan bertukar tegang apabila tertuduh meminta anaknya turut menjamin teman wanitanya. Anaknya enggan berbuat demikian kerana tidak sanggup menerima wanita itu dan keadaan semakin kecoh apabila lelaki itu membuat keputusan supaya mereka tidak menjaminnya. Hasan berkata, lebih elok bapa mereka dibiarkan meringkuk dalam lokap supaya memberi keinsafan kepadanya malah tiada gunanya mereka membela lelaki itu yang sepatutnya sudah matang dan boleh menilai sendiri baik buruk perbuatannya.
“Tindakan anak itu bertepatan tambahan pula tangkapan bapa mereka bukan disebabkan dianiayai sesiapa. Amat dikesali kerana pada usia sebegitu sepatutnya lelaki itu membuat persediaan untuk berdepan kematian dan bertemu Allah bukan sebaliknya.
“Saya berharap kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua dan jika pada usia lanjut tapi masih lagi bergelumang dosa, dia adalah golongan yang paling rugi,” katanya.
Beliau berkata, dalam hadis nabi juga turut menyebut orang yang paling cerdik dan pintar adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan mengingati Allah.
“Orang yang mengingati mati itulah orang yang sebenarnya hidup manakala orang yang takut kepada kematian diibaratkan sudah mati sebelum mati. Justeru, kita perlu sentiasa takut dengan azab Allah yang bakal diterima kelak akibat perbuatan kita di dunia,” katanya.
1 comment:
sungguh menyayat hati kemalangan tu..takziah buat keluarga mangsa!
Post a Comment