Saturday, July 23, 2011

As salam....selamat ptg, ermmm..mai la kita makan karipap.Sedap kalau buat makan ptg, tapi untuk sarapan pun ok.No hal punya.Sejak dua menjak ni..memang rajin sikit mencuba pelbagai masakkan.Ewah pelbagai..hihihi, iyolah...dr dulu tu...asyik beli jerrr.Walau aku masak tak la sehebat otai2 yg memang otai tu..tp ok la.Dengar juga pujian dr anak2.Jadilah kan....dh syukur la tuu.Otai kat sebelah kata..kulit karipap aku tebal sikit.Ok..nasihat yg berguna, next time aku buat..kasi nipis yg boleh erkk.Nama pun 1st time....kalau dh bertime-time tu lainlah kan??..hihihi
Saja ja nak kongsi resepi kat sini.Lagipun inilah diari elektronik aku...simpan dalam ni, insyaallah tak hilang kut.


inti

Inti Keledek

2 ketul keledek saiz sederhana-di dadukan
daging secukupnya-di cincang dan rebus
1 labu bawang besar-di cincang
1/2 bungkus rempah kari
minyak untuk menumis
garam(secukup rasa)
gula (secukup rasa)
sedikit daun sup -potong halus
air secukupnya

Cara

Panaskan minyak, tumis bawang yg dicincang hingga kekuning-kuningan.Kemudian masukkan rempah dan sedikit air.Biarkan sebentar.Masukkan pula daging dan keledek, diikuti garam dan gula.Tambah lagi air untuk empukkan keledek.Bila semuanya sedah empuk, masukkan daun sup.Kacau sebati dan sejukkan.


doh

Doh/Kulit

2 cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak*
2 sudu makan marjerin*
sedikit air-yg dicampur garam
air sejuk-dr peti ais

*panaskan

cara saya

masukkan tepung dalam mangkuk besar, kemudian tuang minyak/marjerin yg telah dipanaskan.Setelah itu saya masukkan air garam dan diikuti sedikit demi sedikit air ais dan uli tepung hingga menjadi doh.Biarkan doh rehat sebentar.Bentuk doh sebesar bola pingpong.Kemudian bolehlah di canai, dan letakkan inti ditengah-tengahnya.Saya guna acuan jer, (sebab tak pandai nak "MENGELIM").Ulang proses hingga selesai.Bolehlah di goreng.


Herot petot, org baru belajar.
Macam2 bentuk dok ada..hihihi


** saya ada jumpa sedikit petua.


1.Kalau nak kulit yg ranggup, bancuh adunan dengan air sejuk(ais)
2.Ada juga petua, masukkan/guna sedikit tepung beras.Juga untuk ranggupkan kulit.
3.Ketika menggoreng guna api sederhana supaya kulit karipap kita lebih licin dan rata.

3 comments:

Ummi Humaira said...

assalamualaikum ...

nampak sedap jer , ummi copy resepi yer

Idah said...

SL pun lama juga tak buat karipap ni..ubi kentang dah beli tpi tak buat2 lagi...cuba ani wat perasa ikan bilis best jugak..

ani said...

UMI:cubalah..memang sedap
IDAH:nanti ani akan cuba..