Photobucket

Friday, July 22, 2011

Assalamualaikum...
Semua ni gara-gara petang kelmarin, sebelum balik tu sempat lagi google(jgn marah) tengok gambar2 masakan.Tapi mata tertumpu kat masakkan/resepi asam pedas.Memang pecah lior kalau tak buat.Apalagi...turun tangga opis jeww..terus ke pasar.Niat asal nak cari ikan tenggiri potong, tak de la pula.Ermmm...ikan temenung(kembung) pun temenung la.Asal dapat juga hirup asam pedas.Alhamdulillah sempat juga masak mlm tadi resepi asam pedas ni.Bagi aku sedap la...tak tau la pula bila orang lain yg merasa masakkan aku tu.Aku ni bukan terror masak, tapi suka memasak.


Asam pedas ikan kembung(masakkan org yg tak terror)

Bahan

4-6 ekor ikan kembung
10 biji bendi (aku beli yg ketot2 tu)
secekak daun kesum
sebatang serai
sekuntum bunga kiantan (belah 4)
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis

Bahan Kisar

10 biji cili kering-di kisar halus
sedikit halia (lbh kurang 1 inci)*
selabu bawang besar(di kisar bersama cili kering)
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
air secukupnya

*saya hiris/mayang halus jerr

Cara
1.Siang ikan kembung dan bersihkan.Selepas itu potong bendi dan toskan.Letak tepi sebentar.

2.Panaskan minyak, tumis bahan yg di hiris hingga naik bau, masukkan cili kering yg dikisar bersama bawang besar dan masak hingga terbit minyak(org kedah kata pecah minyak).Masukkan air dan biarkan mendidih.

3.Selepas itu masukkan ikan dan air asam jawa biarkan mendidih.

4.Masukkan bendi ,daun kesum dan bunga kiantan.Tambah air sedikit lagi(dlm bab air, ikut citarasalah yerr)
kalau nak pekat...kurangkan air, begitulah sebaliknya.

5.Biarkan mendidih.Boloehlah masukkan garam dan gula secukup rasa.Masak hingga bendi lembut.Siap untuk di hidang.

No comments: