Thursday, July 21, 2011

Apam Polka Dot

Assalamualaikum...

Orang nak dot....kita pun nak dot juga, maka jd lah dotnya...geram lama dah, tp baru sempat buat kelmarin.Hari ni pula baru boleh nak tayang(mcm ada org nak tengok).Tak pa lah, klu x de org tengok...simpan resepi buat rujukan.Inikan diari elektronik aku.

Resepi asal ambik kat MYR

Bahan-bahan ( 15-20 biji )

  • 3 biji telur sejuk-dr peti ais
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
  6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...
  7. *Cara sendiri-pukul telur dulu, pastu masuk gula dan ovalette. Last tepung yang telah di ayak dengan baking powder...

Ini pula resepi yg telah aku editkan(bukan resepi diatas tak betul, tp sj nak buat sikit)al maklum la...1st time buat, lagi pun keluarga kita kecik...buat banyak2 nanti tak habis.


2 biji telur(gred A)-dr peti sejuk
1 1/3 cwn tepung gandum*
1/2 cawan gula
100 ml susu segar
1 sudu teh baking powder*
1 sudu kecil ovallate
filling/jem buah2 campuran

*diayak bersama


caranya

1.Pukul telur, gula & ovallate hingga kembang
2.Masukkan susu segar.Kacau sebentar.
3.Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.Sebatikan.
4.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian(nak lbh pun boleh)
5.Masukkan/titiskan warna pilihan.Kacau sebati.
6.Masukkan dlm plastik, picit dlm mangkuk kertas.Masukkan jem di tengah2nya.Kemudian picit adunan hingga 3/4 penuh.kemudian dot2 kan dengan warna pilihan.

** buat untuk sarapan pun boleh..minum ptg pun boleh, pekena pula dengan air teh suam2 kuku.Memang sedap.Terima kasih kepada penyumbang resepi.

3 comments:

Kakzakie said...

Kakak macam dah hafal resepi sebab selalu lihat dlm N3 kawan-kwan tapi buat tak juga lagi...

ani said...

kakzakie:buat la...ani dh tak boleh tahan, tu yg buat juga...geram tengok warna yg cute2 gitu

[sutera kasih] said...

ramai dh try buat apam polkadot ni kan..sy lg blm try hehe