Photobucket

Wednesday, July 6, 2011

Blended Orange Cake

Seperti sedia maklum..blog ni bukan bukanlah blog masakan semata-mata, hiiii...ini kerana tuan blog memang tak pandai memasak pun...cuma nak kongsi apa yg telah dicuba.Terima kasih MADIHA kerana memanjangkan resepi ini.Ini hasil percubaan pertama...Bahan
1 biji limau (oren)
1 cawan minyak
2 cawan gula halus(saya guna 1 cawan)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sd baking powder*
(* diayak bersama)
Cara-cara
1.Cuci buah limau, potong dan buang biji serta urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
2.Masukkan kedalam blender bersama minyak, gula, telur dan kisar hingga halus.(boleh panaskan oven suhu 170C masa ni)
3.Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
4.Tuang adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
5.Bakar pada suhu 170c selama 40 minit hingga 1 jam atau sehingga masak.

7 comments:

SoLy SoLicious said...

yum2...sodapnye ^__^

Misz-ella said...

feveret kc ni. hihi.

ani said...

soly & kak chik:suka cake orange juga?...memang sedap.Ini percubaan pertama

Umi Anaan said...

wah..nampak sedap..resepi pun simple je..macam boleh try je ni..

hajar said...

sedapnye kak... nak byk boleh?

Idah said...

rajin betul ani buat...boleh tempah ni..

Nasz said...

nampak sedap..mesti sedap kan?

jemput join segmen simple saya..

SEGMEN SIMPLE : JOM KOMEN ENTRY SAYA ...