10-15 ekor udang
2 ulas bawang putih-dimayang
2 ulas bawang merah-dimayang
sedikit halba campur
kulit kayu manis
setangkai daun kari
jintan manis
2-3 sudu rempah kari ikan
air asam jawa
sedikit garam
serbuk perasa(optional)
selabu bawang besar-dipotong bulat
minyak untuk menumis/goreng
Caranya
Udang yg telah dibersihkan digaul garam kunyit.Panaskan kuali masukkan sedikit minyak, goreng udang sehingga kekuningan.Angkat dan ketepikan.Dalam kuali yg sama tumis bawang putih, bawang merah,daun kari, halba campur,kulit kayu manis dan jintan manis.Apabila naik bau dan sedikit kekuningan bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan tuang kedalam bahan tumis.Biarkan rempah masak sambil dikacau perlahan, apabila naik bau bolehlah kita masukkan udang yg telahpun siap digoreng tadi berserta air asam jawa, sedikit garam dan serbuk perasa.Sebentar kemudian masukkan pula bawang besar yg telah dipotong bulat.Masak sehingga bawang besar menjadi lembut dan rempah menjadi sedikit kering.Siap untuk dihidangkan.
**boleh juga ditambah cili kisar kalau nak lebih pedas.
3 comments:
nyum nyum ! suka udang !!
ani....
setakat ni x pernah lagi buat udang berempah ada bubuh kayu manis...boleh cuba ni....nak minta mesti dah elek...udang oh..oh udang...
cuba aje ucu...ani pun tengok org masak..tiru2 jerr
Post a Comment