Thursday, July 14, 2011

Bubur nasi A.K.A Moi

Biar gambar bercerita...Bahan
1/2 cawan beras
air secukupnya
1 biji kentang ( dipotong dadu)
udang/ayam/daging(ikut citarasa)
1-2 ulas bawang merah*
1-2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
sedikit ikan bilis goreng
daun sup
secubit garam
sedikit minyak (untuk menumis)

Cara saya

1.Tumis bahan bertanda * hingga naik bau
2.Masukkan air kemudian masukkan beras yg telah dibersihkan terlebih dahulu.Masak sehingga beras betul2 kembang.Tambahkan air selagi perlu.
3.Bila beras hampir2 kembang masukkan kentang, udang, ayam atau daging.Masukkan juga garam.
4.Bila beras sudah betul2 kembang bolehlah dihidangkan.
5.Sedap juga di makan bersama sambal tumis kosong, ikan bilis goreng dan sedikit taburan daun sup dan bawang goreng

No comments: