Alahai dah jadi blog masakan la pula...oh tidakkkk, nak tekankan disini...ani memang tak pandai memasak...tapi suka mencuba/memasak.Namapun org perempuan...mesti suka atau nak mencuba untuk memasak.Tak gitu CMG..ermmm, hari ni nak kongsi resepi donut yg diberi oleh seorang kawan dalam opis ni...dia memang terror masak.Mau bab masak ja...ani rujuk dia la.
Bahan2 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 bungkus yis mauripan(direndam bersama air + gula + susu)
2 sd marjerin
2 sd susu pekat
2 sd kecil gula
secubit garam(tapi bukan KAK NOR punya blog tauu..hihihi)
Cara
1.Masukkan semua bahan dalam bekas adunan, uli sehingga adunan tidak melekat pd jari(ingat! kalau adunan sedikit lembut/lembik tambah sedikit tepung, dan kalau agak pejal tambah sedikit air..agak2 lah yerr).
2.Biarkan adunan naik sekali ganda, selepas itu tumbuk2kan adunan untuk keluarkan angin.
3.Kemudian canai atas papan pencanai dan tekap dengan acuan.Kalau tak nak guna acuan leperkan adunan dan tebuk dengan jari di tengah2.
4.Ulang proses tadi sehingga selesai adunan.Susun diatas dulang/bekas yg disapu sedikit minyak atau di tabur dengan sedikit tepung.
5.Biarkan donut tadi naik sekali lagi.
6.Panaskan minyak dan sedia untuk di goreng.Goreng sehingga kekuningan.Sadurkan donut dengan gula icing/gula halus.
No comments:
Post a Comment