Saturday, July 9, 2011

Kek kukus masam manis

Percubaan pertama....nak kata menjadi tu, tak pasti la pula tapi rasa memang sedap.Tapi memang menderhaka kat resepi asal.Bukan apa...keluarga saya kecik, dah tu coklat hawflakes sikit...hiiii tu yg betulnya.Dah tau sikit tapi tetap nak buat juga, dah tak sabar.Maka inilah hasilnya...tapi kalau sapa2 nak cuba elok la guna resepi asal.Saya ambik kat SINI SINAR KEHIDUPANKU.Kak YATIE..izinkan saya copy & paste ya.Minta di halalkan
Bahan-bahan (loyang bulat 9 inci)
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 1 sudu besar ovallette
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna kuning dan hijau
  • asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap)
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian....letak pewarna kegemaran.
  4. Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya... kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  5. Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi 15 minit. Ulang2 lapisan sampai adunan habis.
  6. Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  7. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.

Ini pula resepi/bahan yg telah saya editkan...

  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 100 ml susu cair
  • secubit garam
  • 100 ml susu cair
  • 100 ml minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna pilihan
  • asam manis secukupnya (hawflakes) Cara membuatnya tetap sama.

1 comment:

Ibu n Abah said...

Puan Ani...
terima kaseh berkongsi resepi...
saya memang suka kek masam2 manis ni..
akan saya cuba juga nanti...