Tidak pernah minum kopi
ARAU - Seorang warga emas di sini yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 bukan sahaja masih kuat bekerja malah mampu berjalan kaki sejauh lima kilometer sehari mengalahkan orang muda.
Saad Jasin memiliki rahsia tersendiri untuk kekal sihat walaupun usia sudah lanjut iaitu dia tidak mengambil makanan bergoreng dan tidak minum kopi.
Kelmarin insan istimewa itu diraikan oleh anggota keluarganya seramai 76 orang di rumahnya di Kampung Paya Guring dekat sini.
Majlis berlangsung cukup meriah termasuk acara memotong kek dan pulut kuning oleh insan berkenaan.
"Saya tidak pernah makan makanan bergoreng dan minum kopi kerana ia melemahkan anggota badan dan tulang.
"Saya hanya makan nasi berlauk dan minum air kosong dan teh sahaja setiap hari.
"Bagi mengelak badan jadi bongkok, saya bangun pagi dengan duduk perlahan-lahan sebelum berjalan.
"Elak bangun dengan keadaan tergesa-gesa yang boleh mengejutkan tulang kita," katanya pada pemberita di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
ANI BERKATA: apa kata... kita jgn minum kopi juga, nak tak????
MALANG...anggota polis mengangkat mayat Amirul Amrie yang ditemui lemas di Tasik Dayang Bunting.
LANGKAWI: “Sejak sebulan lalu, arwah tidak pernah tinggal solat lima waktu. Malah, segera menunaikannya sebaik mendengar azan,” kata Suzana Mat Saad, 37, ibu kepada remaja lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU), Mohamad Amirul Amrie Ainsa, 13, yang ditemui lemas di Tasik Dayang Bunting, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, mangsa yang datang bersama enam ahli keluarganya dikatakan tiba-tiba terjun seorang diri ke dalam tasik sedalam kira-kira 10 meter itu sejurus tiba di situ sebelum hilang. Suzana berkata, anak ketiga daripada empat beradik itu lumpuh kaki kanannya selepas terbabit kemalangan pada usia tujuh tahun. “Saya sedih sangat kerana baju raya tahun ini sudah siap dibeli dan dia juga sudah beberapa kali mencuba baju itu. Dia kata tidak sabar untuk memakainya pada pagi hari raya nanti,” katanya ketika ditemui di sini.
Abang mangsa, Mohamad Amirul Assuar, 17, berkata ketika kejadian dia baru meletakkan beg pakaian dan sedang berurusan menyewa jaket keselamatan daripada seorang operator di kaunter berdekatan untuk kegunaan ahli keluarganya.
“Dari jarak kira-kira 20 meter, saya lihat adik berjalan ke tepi ponton dan terjun ke dalam tasik seorang diri sebelum tenggelam dan hilang. Sejurus itu, suasana menjadi kecoh dan kelam-kabut.
“Tanpa berfikir panjang, saya berlari dan turut terjun ke dalam tasik itu untuk cuba menyelamatkan adik, malangnya tidak sempat memegang baju atau rambutnya,” katanya.
Mohamad Amirul Assuar berkata, kejadian yang berlaku pantas itu turut disaksikan beberapa pelancong asing yang kebetulan sedang mandi dan berenang dalam tasik berkenaan pada jarak 10 meter dari tempat adiknya terjun.
“Ekoran itu, seorang pelancong Eropah turut menyelam bersama saya ke dasar tasik bagi mencari mayat adik, namun usaha itu juga gagal kerana airnya dalam dan kami keletihan selepas beberapa minit menyelam.
“Selepas semua usaha berkenaan gagal, saya dan ahli keluarga mengambil keputusan menghubungi dan membuat aduan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi (IPD) dan bomba bagi meminta bantuan,” katanya.
ANI BERKATA: orang tempat aku nii.....
KUALA LUMPUR: “Saya tidak tahan lagi. Setiap hari saya berdoa supaya ada sesiapa bawa saya keluar dari tempat ini. Hidup di sini tak ubah bagai dalam neraka,” kata seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa dera ahli keluarga sendiri.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Lina, 40-an itu berkata, penderitaannya bermula selepas dia disahkan menghidap kencing manis lebih tiga tahun lalu, menyebabkan kaki kanannya dipotong dan penglihatannya terjejas teruk.
Lina mendakwa, sejak itu dia menerima layanan buruk oleh ahli keluarga termasuk dikurung di rumah milik seorang daripada abangnya di pinggir ibu negara dengan hanya berkerusi roda.
“Setiap hari dimaki-hamun dengan kata-kata kesat daripada saudara kandung. Mereka langsung tidak simpati, malah ada kalanya dipukul sehingga lebam dan luka pada anggota badan serta tidak diberi makan selama beberapa hari.
“Akibatnya, saya tidak dapat mengambil insulin seperti biasa biarpun doktor mengarahkan ubat itu perlu disuntik sepanjang hayat kerana diabetes yang kronik,” katanya ketika ditemui di kediamannya semalam.
Wanita malang itu sebelum ini menghubungi seorang penyampai radio yang kemudian membuat aduan mengenai perkara itu kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Wartawan Harian Metro menghubungi Lina bagi mengetahui keadaan sebenar dan selepas berkomunikasi dengan mangsa selama empat hari, satu pertemuan diaturkan bersama PPIM untuk membantunya menyelesaikan masalah.
Lina berkata, dia turut dicaci tiga pembantu rumah abangnya selain terpaksa memasak sendiri bagi mengalas perut.
“Saya sedar, saya tidak berjaya seperti mereka. Tiada kedudukan, pangkat apatah lagi harta. Tapi, sebagai adik saya ada hak mendapat kasih sayang.
“Saya dihalau keluar dari rumah berkenaan kerana tidak mahu lagi menanggung beban menjaga saya,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kerja PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah yang turut serta dalam temubual itu berkata, pihaknya akan merujuk kes itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mencari jalan penyelesaian yang ditanggung wanita berkenaan. “Kami simpati dengan keadaannya. Oleh itu, satu pertemuan dengan agensi berkuasa akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.
1 comment:
tapi kita ni suka sangat dgn kopi. kalau duk hostel tu, memang cari coffee
Post a Comment