Photobucket

Saturday, July 2, 2011

Masakan versi seadanya

Namanya pun versi seadanya..maka apa yang ada itulah yg hamba masakkan, versi cik "M". Bukan sebarang cekodok ni, cekodok durian lagi.Disebabkan sayang dan tak mahu dibuang begitu saja, aku blend isi durian yg keras(org kedah panggil mangkaq)+gandum+yis+air...haaa maka terhasilah cekodok durian versi hentam dan seadanya.Layannn.
Ini pula siput sudu yang digoreng kunyit.Kalau ada kentang mesti nampak lagi meriah, tapi disebabkan kentang dah habis..maka versi hentam sajalah.Kunyit pun nampak mcm kureng jer kan?...apa2 pun orang pulau memang suka makanan laut ni.Nak tahu apa itu siput sudu...search je kat GOOGLE.Mesti jumpa.



Ini pula ikan kembung masak cuka, kan best kalau ada ikan jenahak, tenggiri atau senangin.Tapi disebabkan benar2 terasa nak makan ikan masak cuka.Kembung pun kembung laaaa...janji ikan masak cuka.Versi seadanya.Jangan ngada-ngada nanti rezeki lari.Ikan masak cuka ni...kalau dah 2-3 hari baru sedapkan rasa dia.Masam, masin , manis tu semua dh serap masuk kat dalam isi ikan.Time ni makan baru ada umphhh.




Ini pula ayam masak merah.Tapi rasa mcm spesel sikit, tumis menggunakan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih, lepas tu baru masuk/tumis bahan2 yg selalu kita dok guna tu.(bawang merah, bawang putih, cili kisar).Kiranya along boleh kesan.Dia kata ada sikit bau yg berbeza dari kebiasaanya.Tapi tetap versi seadanya,tengoklah tu....togel jerrrr.hiiiii.








No comments: