Sunday, July 3, 2011

Kuih Ketayap Goreng

Rupa memang nampak kureng sikit, sebab jurugambar tidak bertauliah...main klik2 ja, tapi rasa memang sedap...memuji diri sendiri la tu, hiii..tp betul...kuih ni memang sedap.


Inti

2 ketul kentang di potong dadu

200 g daging dicincang

1/2 peket kecil serbuk kari

2 ulas bawang putih-ditumbuk

2 ulas bawang merah-ditumbuk

1 labu bawang besar-potong dadu

Air secukupnya

garam-secukup rasa

perasa(optional)

minyak untuk menumis


Cara

Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.Bancuh serbuk kari dengan sedikit air, kemudian masukkan bancuhan ke dalam bahan yang ditumis.Biarkan sehingga pecah minyak sambil dikacau perlahan.Kemudian masukkan bawang besar, daging cincang dan kentang.Kacau.Tambah air sehingga tenggelam kentang dan daging.Kemudian bolehlah masukkan serbuk perasa dan garam.Masak sehingga kering dan kentang empuk.Angkat dan ketepikan.


Kulit

2 cawang tepung gandum

2 cawan air

1 biji telur

pewarna kuning


*ada guna yg menggunakan santan(ganti air).


Caranya

Blen semua bahan diatas dan masukkan kedalam mangkuk.Panaskan kuali sapu sedikit minyak, tuang sesenduk adunan dan leperkan.Apabila masak angkat dan ulang lagi sehingga habis adunan.Kemudian bentangkan kulit letakkan inti dan gulung sehingga habis.Setelah selesai semuanya, bolehlah digoreng.Siap untuk dimakan.



4 comments:

POP said...

anda telah d tag..jom join

http://pelik-oh-pelik.blogspot.com/2011/07/saya-nak-ga-dari-korea-dan-bandung.html

:)

cik cek said...

sedapnya....:)

aDisH.sHidA said...

lebih kurang mcm kuih yang kita buat je kan....sedap kan...

http://cahayanurqasih.blogspot.com/2010/08/babauapa-tuekuih-la.html

intansyafinaz said...

salam blh x sy share resipi ni