Friday, July 8, 2011

Pau

Sapa nak kena pau (paw) mai sini..hiiii...mn adaaaa.Sesekali nak melawak ok kan?Ini resepi yg dah basi...basi? basi sebab dah lama baru nak post kat blog.Tu yg betulnya.Tapi seperti ani dok kata la...blog ni bulan blog masakan, cuma sekadar nak berkongsi cerita.Resepi ini pula kawan baik kat opis yg bagi.

Bahan-bahan
*Tepung gandum secukupnya
*2 sudu kecil yis mauripan(di rendam bersama sedikit air suam)
*2 sudu makan lemak sayur (shortening)
*2 sudu makan sudu pekat manis
*air secukupnya


Inti
*Kacang merah + gula + garam

Caranya
*Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pd tangan.Kalau lembik tambah sedikit tepung dan begitu juga klu keras, tambah air.Pandai2lah agak yerrrr.
*Bahagikan pd beberapa bahagian kecil dan biarkan adunan naik sebentar.
*Kemudian bolehlah masukkan inti, lapik pau dengan daun pisang.Ulang sehingga habis adunan.
*Biarkan adunan yg telah dimasukkan inti sebentar tadi naik seeloknya.
*Panaskan pengukus dan pastikan air betul2 mendidih.Kukus pau lbh kurang 5 minit.
*Boleh di makan.Yahooo.


Jemput makan.Inilah hasil pada org yg tak pro masak macam saya.Sekadar berkongsi dan bercerita.

2 comments:

aku dan segalanya said...

sedappppp....nk pauuuuuuuuuuuuu....

Idah said...

kagum betul dgn ani...hari2 ada kuih baru...bagi SL sedikit semangat utk masak hari2..