Photobucket

Thursday, August 4, 2011

klik2 hari ini-04/08/2011

Kaki, organ dalaman dalam mangkuk tandas


ANGGOTA polis mengangkat mayat yang telah dipisahkan beberapa bahagian badan yang ditemui di Blok Chryssa, Apartmen Astaria, Taman Kosas, Ampang Jaya semalam.


AMPANG JAYA – Tragis dan meloyakan. Itulah gambaran yang boleh diberikan terhadap penemuan mayat manusia yang telah dipisahkan dengan sebelah kaki dan beberapa bahagian organ dalamannya dibuang ke dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Blok Chryssa, Apartmen Astaria, Taman Kosas di sini semalam.

Sebelum penemuan mayat itu, penghuni di blok itu mengadu terdapat bau yang kurang menyenangkan di kawasan sekitarnya.

Menyedari perkara itu, pihak penyelenggara apartmen telah membuat pemeriksaan di sebuah rumah kosong di tingkat lima dan menemui kaki sebelah kiri dan beberapa bahagian organ di dalam mangkuk tandas di rumah tersebut sebelum bertindak membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihak polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada pengurus bangunan itu pada pukul 4 petang memaklumkan dia menjumpai kaki dan beberapa bahagian badan lain manusia di dalam sebuah rumah.

“Hasil pemeriksaan polis bersama pihak patalogi menjumpai sebelah kaki kiri dan organ dalaman manusia yang dibuang ke dalam mangkuk tandas.

“Berdasarkan maklumat patalogi, mayat itu dipercayai telah dibuang kurang daripada seminggu lalu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Amiruddin berkata, turut ditemui bahagian lain badan mayat itu yang disimpan di dalam beberapa helai beg plastik.

Difahamkan, beg plastik tersebut ditemui tergantung di atas siling tandas dan diletakkan di beberapa ruang dalam tandas tersebut serta banyak kesan tompokan darah di dalam rumah itu.

Beliau berkata, setakat ini pihak polis masih menyiasat identiti dan jantina mayat memandangkan rumah tersebut tidak berpenghuni dan terbiar sejak 10 tahun yang lalu.

Stok minyak masak meruncing


MOHD. YUSUF menunjukkan minyak masak yang hanya tinggal sepaket di kedai runcit miliknya di Kampung Kangkong, Kuala Kedah semalam.


ALOR SETAR – Pengguna dan peniaga di negeri ini mengeluh apabila masalah kekurangan bekalan minyak masak dalam paket dan botol yang berlaku sejak lebih sebulan lalu menjadi semakin meruncing pada Ramadan ini.

Pemilik kedai runcit di Kuala Kedah di sini, Mohd. Yusuf Ayob, 50, berkata, masalah bekalan minyak masak semakin teruk apabila peruncit hanya dibenarkan membeli sebanyak lima hingga 10 paket minyak masak sehari daripada pemborong.

“Jika kehabisan stok, kami peruncit kecil-kecilan terpaksa pergi cari minyak masak di kedai-kedai borong di sekitar Alor Setar dan mereka hanya menjual kepada kami di antara lima hingga 10 paket minyak masak sehari.

“Satu paket satu kilogram (kg) sahaja dan bekalan di kedai cepat habis memandangkan permintaan yang tinggi daripada penduduk kampung ketika ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Kangkong, Kuala Kedah di sini semalam.

Bagi suri rumah, Haslini Hassan, 25, dia berharap agar kerajaan dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan minyak masak dengan segera.

“Bukan sahaja minyak masak dalam paket, malah yang dalam botol sukar untuk diperoleh dan ini menyusahkan orang ramai pada bulan Ramadan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, Mohd. Sakri Salleh berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung perkara itu dan pemantauan sedang dilakukan ke atas syarikat pembungkusan dan pemborong.

Ujarnya, pihaknya percaya masalah itu berpunca daripada pembelian berlebihan pengguna terutamanya peniaga bagi menyambut bulan Ramadan.


TERIMA KASIH :KOSMO

2 comments:

Liza said...

Salam ziarah..terima kasih ye sudi intai dapur Liza..

Idah said...

kena cari byk2 kat kedai ni sebelum habis minyak kat umah