Sunday, June 26, 2011

Bubur Cha-cha

Idea tak berapa ada hari ini.Cukuplah gambar yang menceritakannya.Mudah dan menyelerakan..Warna cha-cha itu sendiri membuatkan kita yang dewasa ini pun cukup teruja apatah lagi anak-anak.Petang ni mai kita pekena bubur cha-cah...

Bahan-bahan
1 cawan cha-cha
2 cawan santan
gula pasir(secukup rasa)
sedikit ubi keledek yg dipotong dadu(pilihan)
secubit garam
sehelai daun pandan


Masukkan cha-cha yang telah dibasuh kedalam periuk dan rebus bersama 3 cawan air atau sehingga kembang.Kemudian masukkan ubi keledek tadi rebus lagi sehingg ubi empuk(lbh kurang 15 minit).Kemudian bolehlah dimasukkan santan, gula, garam dan daun pandan.Masak/rebus sehingga sekali mendidih.Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.Selamat mencuba...senang dan ringkas.

4 comments:

Elih Japahar said...

woww! nampak sedap lah... :)

aku dan segalanya said...

sedappp..nk gakkkkk...

Hafizah Mohamad said...

sedapnyer ani...fiza suka bubur2 ni...kalau manis lagi suke...he he he

anitadiana said...

asalamuaikum...membalas kunjungan daripada Ben dan follow......sedap tol bubur cacar...lama tak makan dan tak buat ....