Monday, June 27, 2011

Kuih Lapis

Percubaan pertama tak menjadi...lembik, percubaan kedua keras.Almaklum la bukan reti sangat tapi demi minat tu..cuba lagi untuk kali ketiga..alhamdulillah menjadi.Bila dah menjadi baru berani nak share.Hijau..kuning tanahku, Darulaman Negeri ku....semangat kenegerian sikit nohhh






Bahan-bahan
*1 cawan tepung beras
*2 cawan santan
*2 sudu besar tepung gandum
*2 sudu besar tepung jagung
*1/2 cawan gula pasir(secukup rasa)
*secubit garam
*sedikit pewarna hijau & kuning (boleh pilih warna kesukaan)

Caranya
*Panaskan pengukus dan sediakan loyang yg bersesuaian.Masak santan dlm api sederhana biar jadi suam-suam kuku.Tutup api.

*Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam kedalam mangkuk.kemudian masukkan santan tadi gaul sehingga tidak berbintil.

*Bahagikan adunan kepada dua bahagian(warna satu bahagian hijau&satu bahagian lagi kuning)

*Tuang adunan kuning(=+100ml) kedalam loyang.Kukus selama 5 minit dengan api kuat.Setelah masak lapisan pertama, tuang pula adunan hijau.Ulang proses sehingga selesai.Saya akhiri dengan lapisan hijau.

*Bila siap semua lapisan...kukus lagi sehingga =+20 minit untuk memastikan semuanya betul-betul masak.

*Sejukkan lapisan sebelum dipotong.Kuih lapis yg elok boleh dimakan selapis demi selapis.Selamat mencuba.