Photobucket

Wednesday, June 22, 2011

Kek Sarang Semut

Malam tadi sempat la godek kek sarang semut ini dengan kek coklat kukus.Sebenarnya hari ini Along & mak tok balik kampung.Dok fikir2 juga apa benda la yang nak dikirim sebagai buah tangan dari orang yang tak boleh balik kampung.Nak beli memang boleh..tapi lagi seronok kalau buah tangan tu hasil air tangan kita.Sebenarnya..resepi ini dah lama tertulis dalam buku "resepi".Masa tu tak ada blog lagi, jadi masa dok menyalin resepi tu lupa la pula nak salin siapa tuan empunya resepi ini.Jadi kepada tuan empunya resepi..terima kasih banyak2 ya.Kalau search kat Google...nampak macam sama ja resepinya.Apapun nak juga share resepinya kat sini.



Kek Sarang Semut (menjadi tak sarangnya?)

Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sk soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega

Cara-cara
1.Masak gula dengan api sederhana hingga menjadi keperang-perangan(hangus)
2.Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3.Masukkan mentega.Sejukkan.Ketepikan dahulu.
4.Pukul telur sehingga betul2 kembang & pekat
5.Kemuadian masukkan susu pekat kedalam telur & kacau sebati
6.Masukkan pula tepung dan soda sebatikan(diayak bersama).
7.Akhir sekali masukkan air gula yang telah kita sejukkan tadi.Kacau sebati.
8.Tuang kedalam loyang pilihan yg telah pun dilenserkan dengan sedikit mentega.Perap selama += 3-4 jam.(seeloknya adunan ditapis semasa tuang kedalam loyang).

4 comments:

aku dan segalanya said...

wahhhhh...jadiiiii...mai la sikit nak rasa...sedap tuuuu...hihihi...

Idah said...

rajin betul kau ya....bak sini sikit..takpun pos laju je...

ani said...

idah:baru dok belajaq...bukan terror pun...

mummy2k said...

rajinnye akak wat kek...