Photobucket

Friday, June 10, 2011

Kemas kini BLOG

Dalam dok mencari-cari hala tuju sebenar aku ber "BLOG"...terjumpa dengan pelbagai cadangan, tip2 yang amat membina.Terima kasih yg tak terhingga pada yg sudi berkongsi ilmu tu.Semoga anda sekalian akan mendapat balasan dr semua itu.Step pertama aku mestilah nak kemaskan blog.Bagi siapa2 yg pernah bertandang ke sini...mesti perasan akan sesuatu yg cuba aku lakukan.Harap apa yg aku inginkan terjadi.

Ermm...tentu ada yang tertanya-tanya juga, apa tujuan awak ber "BLOG"?Jawapan yang paling mudah untuk aku leraikan di sini ialah...."AKU MESTI MEMPUNYAI BLOG" kerana ini merupakan satu cabang IT(nak kasi celik IT)..aku juga tak mahu ketinggalan.Tak salah aku mencuba kan?Eh! betul ke cabang IT?kalau tak betul bagitahu lah yer.

Bukan nak side income?...soalan yg mudah, tp agak sukar nak jelaskan dengan tepat lagi padat.
Sapa la yang tak nak side income...paling tepat tentu la bodoh kalau tak nak kan? Tapi terus terang aku katakan aku tak mengharap langsung.Ya...betul, memang aku tak mengharap.Macam mana la nak mengharap...n3 yang di postkan pun belum mendapat perhatian.Apatah lagi komen2 yg membina.Traffik yang tinggi jauh sekali.Semangat mesti ada.
Jika kau fikirkan kau boleh....kau mesti boleh melakukan.

Tak mahu serabutkan kepala otak ngan apa2 je lah....buat masa sekarang, apa yg lebih tepat aku nak jadikan blog aku ni sebagai diari.Apa saja yg terlintas dan rasa perlu aku garapkan kat sini maka GARAPKAN LAH IA.Terjadilah n3 nya disini(blog aku tu).

Ilmu ber "BLOGGING' harus di cari demi menambah pengetahuan.Jadi...mari sama2 kita mencari, dan kalau ada ilmu yg harus dikongsi bersama....sudi2kan berkongsi dengan aku.
Rujukan pertama aku sudah tentulah EN.BA.....kagum aku tentulah pd si kecik manis YUYU ZULAIKHA & CIK EPAL.Yang lain2 tu...belum terjah lagi.Tunggu pasti akan aku terjah jua.

2 comments:

Idah said...

sama lah kita ani...kita pun sama berblog ikut suka apa yg terkeluar dari kepala otak je...ialah sape tak nak income...kalu dpat lagi nak berblog2 gila2 gaban gitu..

Mazni said...

Ani: Saya berblog kerana nak release stress, mulanya igt nak citer apa yg sy suke which is masak, tp kadang masak kadang idak...dah jadi belacan blog sy....sy x penah tau psl income, bila visit blog org pun jarang tinggal jejak, maluuuu.....btw, tq for dropping by to my blog n became my 10th follower :o)