Photobucket

Sunday, June 12, 2011

Pulut Udang/Panggang

lupa nak potong..lepas mkn baru teringat.Apa leh buat semuanya dah masuk mulut

Erm...hari cuti boleh la layan pulut udang, leh la masak lebih2 sikit.Al maklum la nak buat/masak pulut ni makan masa juga.Lagipun ada tetamu nak datang rumah...kebetulan dah plan nak buat/masak pulut ni..jd...apalagi buat je lah.Boleh juga hidangakan kat tetamu tu(mamat lisham dj LangkawiFM & Nana).Lama jg tak buat/masak pulut ni.Jom kita tengok bahan2nya.


Sambal/Inti

1. 1/2 bji kelapa parut(saya guna nyioq kemantan. Kelapa yg sesuai untuk inti/sambal
dan tidak tak terlalu tua)

2. 1/2 mangkok udang basah(di potong 2) nak udang kering pun boleh.

3. 2 -3 ulas bawang merah

4. 5-10 biji cili kering

5. sedikit serbuk kunyit

6. jintan putih-1 sudu kecil

7. garam dan gula secukup rasa

Caranya

1. Blender cili kering bersama bawang dan jintan putih, setelah hancur masukan kedalam kuali

2. Masukan udang, serbuk kunyit, gula dan garam.Masak guna api sederhana sampai masak, jangan terlalu kering.Padam api dan ketepikan/sejukan.


Pulut(saya guna 2 cawan beras)


1. Beras pulut hendaklah direndam lebih kurang 1-3 jam, setelah itu bolehlah dikukus.
pastikan pulut betul2 masak.Saya kukus lbh kurang 30-45 minit.

2. Sambil menunggu pulut masak, bolehlah kita sediakan santan.Guna sebiji kelapa parut
dan jdkan semangkuk santan/300ml.Masuk sedikit garam dlm santan tersebut, kacau
dan ketepikan.

3. Apabila pulut yg dikukus tadi betul2 masak, angkat dan masukan kedalam bekas yang bersesuaian.Masukan santan tadi gaul sehingga sebati, tekan pulut supaya manpat
danke tepikan.

4. Pastikan daun pisang yg hendak digunakan sudahpun dilayur di atas api, lap dan koyakan
sebesar tapak tangan atau lbh sikit.

5. Ambil kira2 2-3 sudu pulut yg telah kita manpatkan tadi dan letakan diatas daun pisang.
leperkan pulut tersebut dengan daun pisang lain.Letakan inti/sambal diatasnya dan
gulung.Lakukan sehingga habis.Hujungnya bolehlah kita kemaskan dengan lidi kelapa yg telah ditajamkan hujungnya.Boleh juga guna stapler kalau nak cepat.

6. Bakar diatas api/arang/sabut.














2 comments:

Misz-ella said...

Adik, sila percaya yg kc pandai buat inti kueh pulut nih.

ani said...

kakchik:tentu la percaya, senang jerrr....saya pun emak yg ajarkan.tp syg la lupa nak potong, kasi terlior sikit..hihihi