Photobucket

Saturday, June 18, 2011

Road Tax Kereta rosak?

Ermmmm....mengeluh panjang juga petang ni, tak baguskan kita mengeluh?maka pasrah dan redha aje laaa.Benda dah jadi...nak buat apa pun dah tak boleh lagi.Nak pukul...memang nampak kecikkk je tadi tu, tp bila difikir-fikirkan semula, budak2...apa la yg dia tahu.Kalau dia tahu salah tentu dia tak buat.Kalau nak pukul pun..rasanya kita juga yang akan menyesal, dan kalau dikaji secara mendalam..salah tu datang dari kita juga ibu bapa.

Tentu ada yang tertanya-tanya..apa kes Road Tax Kereta Rosak dengan isu pukul budak kan?Begini ceritanya...petang tadi bawa anak2 ronda pekan KUAH.Sebelum keluar rumah tu..
tentu la kita nak panaskan enjin kereta.Tak gitu.Anak saya...si adik tu, biasa lah dia ni memang macam tu dah....kalau kita panaskan enjin kereta, dia siap masuk duduk dalam kereta.Dah tak mahu keluar lagi.

Maka bermula pelbagai proses dia dalam kereta tu.Sebelum ni...tak la dia lakukan benda2 yang boleh sakitkan hati kita.Takat main hon tu...biaq pi la kannn.Budak2.Tapi rasanya..salah kami juga ibu & bapa dia.Bawa dia keluar...kunci je pintu tu.Lantak la nak menangis ka apa ka.Tak gitu.?lagipun bukan nangis sakit.Kejap lagi diam lah.Hari ini operasi dia lain sikit, di koyaknya road tax(sticker) kat cermin tu.Yang syoqnya, siapa pun tak perasan...time nak balik tu baru la si kakak tegur."Abah kenapa ngan benda tu".Allahhhh....dah terkoyak pun.Masa tu...depa 2 beradik ada dengan abah dekat taman permainan.Saya pula di pasar malam.

Huh...apalagi, sesampai je depa kat pasar malam, si kakak melulu ja kasitahu.Adik koyak road tax.Adoi...panas3.Apa boleh buat, cari aje lah....cebisan road tax yang si adik koyak tu, mana tahu kut2 dibuangnya dalam kereta.Rezeki kut...memang ada.Alhamdulillah.Dalam hati dok berkira-kira juga....kejap lagi sampai rumah nak call kawan yang kerja JPJ tu.Kut2 murah leh p buat road tax baru(print sticker).Kut2.Lepas selesai semua urusan dengan tuhan.Tak ada nak lengah2 lagi..call je lah kawan tu.U all agak2..kalau nak buat road tax(print sticker) baru berapa bayarannya?

Alahaiiii..tengah2 bulan macam gini...rm** tu leh guna untuk 3 hari tau.Maka...esok mulalah operasi saya nak lekatkan road tax yang terkoyak tu sebaik mungkin.Harap dapat la road tax tu melekat dengan baik walau tak sempurna.Kalau dah tak boleh nak buat apa2 lagi...maka melayanglah rm**.

Sayangkan isteri tinggal2kan.Sayangkan anak tangan2kan.Memang saya tangan2kan.Tapi kali ni lebih banyakkan sabar.Budak 3 tahun lebih....pukul pun tak ada gunanya.Masih dok teringat-ingat diminda..pernah baca satu cerita.Si anak calar2kan kereta si abah.Tanpa fikir panjang si abah memukul tangan si anak hingga meninggalkan kesan.Kalau kesan setakat berbirat mungkin boleh dimaafkan.Tapi sampai melarat kena potong....dan si anak pula masa tu merayu2 supaya dipulangkan semula tangannya yang telah tiada.Apa perasaan anda?

1 comment:

jemarioren said...

penah dengar cite tu. taktau nak cakap apa. tanduk dah keluar, semua tolak tepi