Photobucket

Monday, June 13, 2011

Sago Gula Merah



Menu yang sempat digodekkan pd hari cuti jer.Almaklum la kannn.Idea ni dapat masa menghadiri majlis kenduri kawen jiran sekampung.Sebelum2 ni, tak pernah jumpa.Selalunya kalau di rumah kenduri kawen(orang kedah) pencuci mulut biasanya kami buat serawa.Tapi kali ni ada kelainan sikit.Sedap juga.Ala2 cendoi gitu.Saya pun 1st time buat kat rumah.Menjadi la juga.Jom kita share resipi

Bahan

1 cawan biji sago

1-2 cawan air (tengok kepekatan semasa memasak)

1/2 biji kelapa parut (saya jdkan 1 cawan santan)
sedikit garam

2-3 sudu besar gula merah + 5-7 sudu besar gula pasir (cairkan)

pewarna merah


Cara2nya

1.Panaskan 1 cawan air dengan api sederhana & masukkan biji sago.Masak hingga biji sago tidak kelihatan putih2.Boleh tambahkan air jika rasa perlu atau biji sago masih lagi kelihatan putih2.Titiskan sedikit pewarna merah(boleh jg warna lain).Apabila biji sago betul2 masak bolehlah masukkan kedalam bekas yg di sukai.Simpan sago tadi di dalam peti sejuk.

2.Sementara itu bolehlah kita masak santan tadi dengan kadar sekali mendidih.Masukkan sedikit garam.Guna api sederhana.(boleh juga guna santan mentah)

3.Hidanglah sago tadi bersama 1-2 sudu besar santan & 1/2 sudu besar sirap gula merah.
(atau secukup rasa).Nak lebih sedap boleh letakkan ketulan ais.

5 comments:

Fahmi Jaafar said...

sdp nmpk. grrr.. :P

hajar said...

wow sodapnyeeee.....

Misz-ella said...

adik, ni feveret kc.

ani said...

memang sedap...ala2 cendoi gitu.Lain sikit kat sago jerrr...cuba la

Idah said...

sedap jugak ni..biasa SL buat makan dengan kelapa parut tu je..tapi kali ini lain laa....insyallah boleh buat ni...