Photobucket

Wednesday, July 27, 2011

Ayam Mengamuk???

Ani Berkata:seingat-ingat laaa.....seumor hidup tak pernah dengar cerita/berita ayam mengamuk.Mesti ada sebab ayam tu naik angin...


Usik ayam

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BATU GAJAH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun nyaris buta apabila seekor ayam jantan peliharaan datuknya, tiba-tiba ‘mengamuk’ sebelum mematuk mangsa lebih 15 kali terutama di bahagian muka dan kepala.

Difahamkan, mangsa, Wan Muhd Zulhilmi Wan Mohd Zaidi, dikatakan memasuki reban ayam milik datuknya di Lorong Mat Saman, di sini, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin sebelum ayam itu mematuknya dan hampir mengenai bahagian mata.


Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bawah kelopak mata, kepala dan telinga, selain kesan cakar di bahagian belakang badan dan kaki. Anak kedua pasangan Wan Mohd Zaidi Wan Othman, 32, dan isteri, Noradzlinda Abdul Aziz, 32, itu kemudian dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Wan Mohd Zaidi yang juga seorang ahli perniagaan berkata, ketika kejadian, dia berada di rumah yang terletak kira-kira 10 meter dari reban ayam itu. Menurutnya, dia hanya menyedari kejadian itu selepas dikejutkan dengan jeritan anaknya itu.

Beliau kemudian bergegas ke halaman rumah sebelum mendapati seekor ayam jantan sedang melompat sambil mematuk kepala dan muka anaknya berulang kali.


“Ketika itu, anak saya dalam keadaan terduduk sambil matanya terpejam, manakala ayam itu dilihat mematuk dan mencakar kepala serta mukanya bertubi-tubi.


“Saya cuba menghalau ayam itu tetapi gagal kerana ia enggan beredar.

“Saya kemudian memanggil bapa mentua, Abdul Aziz Hamid, 70, dan dia menyepak ayam itu menyebabkan ia beredar,” katanya.


Wan Mohd Zaidi berkata, dia kemudian membawa anaknya ke klinik berhampiran bagi merawat kecederaan dialami mangsa.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana serangan itu tidak mengenai mata anaknya, sebaliknya hanya mengenai kelopak dan bahagian bawah mata.


5 comments:

Idah said...

wah takut betul ayam sekarang...ganas semacam je...mgk dia tahu tak lama lagi akan jadi mangsa korban raya kot....

ani said...

idah:rasanya dh x sempat kut, ntah2 jhari ni dia dh kena sembelih

Hjh Noralenna Abbas said...

Terima kasih jadi follower sekilau one. Saya suka blog ani. Ada pelbagai cerita. Agaknya budak tu nak ambil sesuatu dari reban ayam, tu yang dia mengamuk!

Pen Biru said...

kite bakor je ayam tu!!!

Syeeda said...

tag kak ani..

http://diaryizzara.blogspot.com/2011/07/ga-sempena-ulangtahun-ke-empat.html